CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Amin Tertekan Dengan Kejayaan Mat Kilau

14-9-2022 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2040| Komen: 7

Fattah Amin mengakui bimbang akan harapan penerbit dan peminat terhadapnya selepas kejayaan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mencatatkan kutipan hampir RM100 juta.


Menurut Fattah, kejayaan membanggakan itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya untuk meraih kutipan filem akan datang iaitu Deleted: Akan Ku Jejak yang bakal ditayangkan pada 15 September ini.


IG Fattah

"Saya bersyukur dengan kejayaan filem Mat Kilau namun tidak dinafikan agak tertekan juga. Sedikit sebanyak orang (pembikin filem) akan meletakkan 'expectation' yang tinggi selepas melihat kejayaan Filem Mat Kilau.

"Saya pasti mereka mahukan filem mereka sekurang-kurang meraih sama tahap kejayaan dengan Mat Kilau atau lebih. Namun, kejayaan sesebuah filem itu di luar kawalan saya.

"Setiap orang mempunyai peranan masing-masing dan kejayaan itu bukan terletak pada saya seorang sahaja. Naskhah yang baik meliputi jalan cerita, pelakon-pelakon lain, mesej yang hendak disampaikan serta cita rasa penonton.

"Namun, kesimpulannya berbalik pada rezeki juga pada waktu itu. Benda begini sukar untuk dijangka" kata Fattah mengulas mengenai kejayaan filem Mat Kilau ketika ditemui selepas tayangan perdana Filem Deleted yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin.



Mengulas mengenai filem keduanya itu buat tahun ini, Fattah menerima tawaran berlakon Deleted kerana mesej membanteras pemerdagangan manusia yang hendak disampaikan.

"Filem ini menjalani penggambaran empat tahun lalu sebelum Covid-19 menyerang dan ketika itu saya tertarik dengan mesej yang hendak disampaikan. Isu pemerdagangan manusia satu perkara yang amat membimbangkan bukan sahaja di negara kita malah seluruh dunia.

"Waktu itu meskipun saya belum pun ada anak tetapi saya tak dapat bayangkan jika ia berlaku kepada keluarga, adik beradik atau bakal anak kita. Semoga filem ini akan memberi kesedaran pada kita semua untuk lebih berhati-hati," katanya.



Selain Fattah Amin, Deleted turut dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Mia Deen, Pablo Amirul, Tian Xin, Zhu Houren, Liang Zhiqiang dan Xu Liangyu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 14-9-2022 03:55 PM
First time aku masuk panggung nengok mat kilau.. itupun dah hujung hujung tayangan sblm masuk netflix
Quote teen_angelJB 14-9-2022 04:45 PM
Masalahnye sore pompuan Mana la gedik benauuu...
Siap mention hensemnye suami org..haha
Quote shiraloveyou 14-9-2022 06:12 PM
Rileks la bamtah...beto dgn adiputra rileks je filem anak rimau dgn jerangkung dipandang sepi..iols rasa filem delete ni pun bakal dipandang sepi...pelakon2 semua sendu, harapkan fattah je la
Quote Nurul_007 14-9-2022 06:21 PM
Insyallah ada rezeki tu.moga filem ni pn box office dbwh 20 juta pn dh ok nk smpai 90juta mmg tk lah.skrg pn bnyk sgt movie tgh tayang genre pn dekat2 bnyk pilihan bnyk psaingan.dlu mat kilau dityang tu ja tk ada yg lain so tk ada persaingan.
Quote ashcroft86 14-9-2022 07:26 PM
Tengok trailer bamtah ada speaking dlm filem ni. Ni filem Singapore rupanya. Mat Danish pon speaking dlm cite ni. Mcm nk tgk. Ad iras filem action hong kong. Tapi cgi mcm poorly made untuk scene atas boat tu. Xde budget nk buat scene boat betul kot.
Quote imanjannah 14-9-2022 07:42 PM
ok nanti ajak suami tengok
Quote mily 14-9-2022 07:44 PM
Bleh g tgk kalau blh utk bdk2 lagi... Sbb bawak anak

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.033872 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top