CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aman Shah Meninggal Dunia

14-9-2022 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12638| Komen: 128

Penyanyi dan pelakon Aman Shah Abu Kassim meninggal dunia pada usia 68 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi akibat masalah jantung.

Berita sedih ini dikongsi oleh rakan-rakan penggiat seni antaranya komposer Fauzi Marzuki dan pelakon Anne Abdullah di media sosial Facebook masing-masing.

Anne memberitahu, Allahyarham berada dalam keadaan kritikal pagi tadi sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas Zohor hari ini.

Foto: Harian Metro

Sementara itu, Harian Metro berjaya menghubungi pelakon Lizawati Hamdan yang berada di IJN dan turut mengesahkan perkara terbabit.


"Saya baru melihat jenazahnya sebentar tadi. Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak Rabu lalu dan punca kematiannya akibat masalah jantung," katanya.

Aman amat diingati peminat dengan lagunya Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan semasa ketibaan Hari Raya Aidilfitri. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arffa 14-9-2022 03:27 PM
Salam takziah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman.
Quote Nenolen 14-9-2022 03:28 PM
Innalillah…salam takziah buat keluarga
Quote Rockafella 14-9-2022 03:29 PM

Penyanyi dan pelakon, Aman Shah Abu Kassim disahkan meninggal dunia pada usia 68 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi akibat komplikasi jantung.
Berita duka itu disahkan pembantu peribadi adik Allahyarham, Amirudin Mokhtar.

“Ya, Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 2.20 petang tadi. Dia terjatuh selepas menjalani pembedahan malam tadi.

“Allahyarham dimasukkan ke hospital tiga hari lepas. Sekarang kami sedang menunggu proses pengurusan jenazah,” katanya.

Sementara itu, pelakon, Lizawati Hamdan yang berada di IJN dan turut mengesahkan perkara terbabit.

“Saya baru melihat jenazahnya sebentar tadi. Allahyarham dimasukkan ke IJN sejak Rabu lalu dan punca kematiannya akibat masalah jantung,” katanya.

Aman amat diingati peminat dengan lagunya Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan semasa ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

Sumber: Utusan Malaysia

Quote auntyonion 14-9-2022 03:29 PM
Innalillah..takziah utk keluarga. .cm xcaye plak
Quote greantea 14-9-2022 03:30 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote BellaThePrinces 14-9-2022 03:31 PM
salam takziah buat keluarga....kira dlm kategori hensem la arwah ni dulu, berlakun filem darah satria bsama Lydiawati tak silap.
Quote Riz_one 14-9-2022 03:32 PM

Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote jlo 14-9-2022 03:33 PM

Innalillah…salam takziah buat keluarga
Quote epal_putih 14-9-2022 03:33 PM
Innalillah...
Quote cmf_PariS 14-9-2022 03:34 PM
crush dulu hensem kan main... meninggal dah
Quote Nnasda53 14-9-2022 03:36 PM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Salam takziah untuk keluarga Arwah Aman Shah.
Quote sukacactus 14-9-2022 03:37 PM
Salam takziah
Dl kawin dgn penyanyi singapore nama farah diba xsalah…pastu cerai
Quote Kancilkering 14-9-2022 03:38 PM
Edited by Kancilkering at 14-9-2022 04:34 PM

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Moga Allah ampunkan dosa arwah
bersabar lah ahli keluarga arwah…
arwah ni manis sebab dia ada mole ….
Quote buragazz 14-9-2022 03:40 PM
Salam Takziah Buat Keluarga....
Quote marlow 14-9-2022 03:42 PM
Salam takziah buat keluarga arwah
Quote miemiecha 14-9-2022 03:42 PM
hurm,mek baru mmbe sebelah ni bgthu terus buka porem.. takziah
(sambil saja psg lagu raya  arwah)
Quote doubleA 14-9-2022 03:45 PM
Innalillah. Salam takziah
Quote bioessence 14-9-2022 03:47 PM
Apa Khabar bekas isteri Singapore tu eh
Farah kot tak silap nama nya
Penyanyi kumpulan Queen
Quote shahima99 14-9-2022 03:48 PM
baru dgr kat suriafm  .. Innalillahiwainnailahirojiunn ..

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.045511 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top