CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Hilang Sejak Bulan Lepas, Di Mana Kamu Nurhidayah?

14-9-2022 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1536| Komen: 7

Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak bulan lalu.

Remaja itu, Nurhidayah Mat Nurddin beralamat di Kampung Tersusun Batu 5, Tambun kali terakhir dilihat neneknya pada pukul 4.30 petang, 19 Ogos 2022.


NURHIDAYAH MAT NURDDIN

Difahamkan pelajar tingkatan dua itu memberitahu neneknya yang dia mahu keluar membeli air, namun, tidak pulang ke rumah hingga kini.

Laporan kehilangan remaja itu kemudian dibuat ibu remaja terbabit di Balai Polis Tambun pada 21 Ogos lalu.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd. Haizal Umar di talian 05-2451628 atau 011-21001076.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” katanya dalam kenyataan semalam. 


Sumber: UTUSAN 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nuyak 14-9-2022 04:24 PM
kesiannya..apa jadi dekat dia...moga2 ditemui dengan selamat..
Quote Perawankota 14-9-2022 04:25 PM
Harap2 dia masih hidup dan selamat...
Quote akies 14-9-2022 04:36 PM
Cuba check dgn kawan2 dia..ig dia ..huhu
Dh lama sangat hilang baru nak viral
Quote takayama 14-9-2022 04:54 PM
dgr berita ni pg td kt Best FM, dah dekat nk sebulan dia hilang, ke mana perginya kami wahai anak, moga kamu selamat
Quote lattehazelnut 14-9-2022 04:58 PM
Biasa bf, ex bf, kenalan baru kat social media
Quote Nurdianah 14-9-2022 05:03 PM

Quote Highflyer19 15-9-2022 09:41 AM
Semoga kembali ke pangkuan keluarga dlm keadaan selamat

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.094541 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top