CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangunan Ikonik Seluruh Dunia Papar Potret Ratu Elizabeth II

14-9-2022 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 783| Komen: 1

Beberapa seni bina ikonik dunia mempunyai cara tersendiri untuk  mengenang pemergian monarki paling lama bertakhta di Britain, Ratu Elizabeth II yang mangkat pada petang Khamis lalu, lapor akhbar Metro UK kelmarin.


Pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai memaparkan wajah baginda dalam bentuk cahaya lampu pada dinding bangunannya sebagai penghormatan kepada mendiang.


Daily Mail

Ia juga memaparkan cahaya lampu berlatar belakangkan kibaran bendera Great Britain iaitu Union Jack yang berselang seli dengan wajah Elizabeth.

Bangunan Empire State di New York, Amerika Syarikat (AS) pula dinyalakan dengan paparan lampu ungu dan perak untuk memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II.


“Malam ini, lampu menara kami akan bersinar dalam warna ungu dan berkilauan dalam perak untuk menghormati kehidupan dan warisan baginda  Ratu Elizabeth II,” tulis akaun Twitter rasmi bangunan tersebut.

Sementara itu,  Gerbang Brandenburg di Berlin, Jerman dan patung Christ the Redeemer di Brazil yang menghadap Rio de Janeiro juga diterangi dengan warna merah, biru dan putih iaitu warna bendera Union Jack.

Papan iklan di Big Apple dan Las Vegas, AS juga memaparkan potret mendiang.

Sydney Opera House di Australia pula memancarkan potret Ratu Elizabeth II pada layar gergasi dan memuji baginda sebagai contoh  kekuatan dan kestabilan.

Britain secara rasmi memasuki tempoh berkabung negara susulan pengumuman kemangkatan Elizabeth pada pukul 6.30 petang Khamis lalu (waktu tempatan).

Ia akan berterusan sehingga tamat hari Pengebumian Negara  yang dijadualkan berlangsung pada Isnin depan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 14-9-2022 04:08 PM
bloody moron.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.089455 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top