Lebih dua tahun pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan. Kehilangan pelawak popular itu pastinya dirasai peminat dan keluarga terutama isteri serta anak arwah.
Menerusi hantaran di Instagram, balu Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali berkongsi video yang cukup menyentuh hati serta mengundang sebak netizen. Menerusi video itu, kelihatan anak arwah iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey menyusun gambar bapanya ke dalam beg duit ibunya sambil menyanyi keriangan.
Lebih meruntun hati apabila kanak-kanak berusia tiga tahun itu memegang foto Abam sambil memanggil dengan panggilan ‘ayah’ seperti masih mengingati wajah bapanya meskipun tidak mengerti apa yang sudah berlaku. Rata-rata netizen memuji gelagat Hamzah dan mendoakan kanak-kanak itu membesar menjadi anak soleh. Sumber: OH Bulan
|
red_velvet replied at 17-9-2022 07:10 PM
Aku suka vibe dayah ni... Bagus, rajin, positif, bukan jenis merapu merepek merentan, n bukan jenis ...
Perawankota replied at 14-9-2022 04:27 PM
Tgh tgk MLM2019.. Last mlm arwah masuk.. Semoga arwah tenang di sana.. Cukup2lah perbalahan
awekjepun replied at 17-9-2022 08:34 PM
Blh bg link tak? Nk tgk jugak
ADVERTISEMENT