CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terima Komen Berbaur Lucah Ditujukan Kepada Anak, Dr Amalina Ambil Tindakan Undang-undang Sebagai Pengajaran

20-12-2022 12:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5189| Komen: 81|Original author: Tatod

Sumber IG/Twitter


Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang membuat kenyataan berbaur lucah terhadap anak perempuannya yang baru berusia sembilan minggu.

Perkara itu timbul selepas jawapan Amalina kepada pertanyaan pengikutnya mengenai servis sunat bayi perempuan di United Kingdom dijadikan bahan berita menyebabkan timbulnya pelbagai tanggapan pengguna media sosial.

Menerusi ciapannya di Twitter, pakar bedah berusia 33 tahun itu menjelaskan keputusan tersebut dilakukan sebagai pengajaran kepada semua dan teguran kepada penulis yang kerap membuat tajuk artikel sebagai 'clickbait' atau mengambil cerita remeh.


"

"Saya tidak terkesan sekiranya kata-kata tersebut ditujukan kepada saya, tapi mereka sudah melampaui batas apabila membuat kenyataan berbaut lucah terhadap anak saya yang tidak ada dosa sekalipun. Please leave my daughter alone.

"Untuk makluman, saya dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang supaya menjadi pengajaran kepada semua. Saya juga ingin menegur penulis-penulis artikel yang suka membuat headline clickbait atau mengambil cerita remeh-temeh daripada IG saya untuk disensasikan dan menggalakkan orang Melayu Islam bergaduh, memfitnah sesama sendiri.

"Dimana etika anda? Malah ruang komen pun tidak ada moderasi. Saya harap perkara ini mendapat perhatian pihak berwajib," tulisnya.

Sumber Twitter

Sumber Twitter

Amalina turut menegaskan jawapannya terhadap pertanyaan yang diajukan itu sama sekali bukanlah mempertikaikan hukum Islam.

"Saya banyak membuat QnA untuk berkongsi ilmu medikal kepada followers saya. Kenyataan saya buat di sesi QnA di Instagram telah menjadi viral apabila kenyataan saya menjawab soalan daripada follower diambil oleh penulis artikel berkenaan untuk jadi bahan berita mereka.

"Soalan daripada pengikut saya adalah seperti berikut:Adakah ada servis sunat bayi perempuan di UK? Saya jawab: Tidak ada kerana sunat perempuan melanggar undang-undang di negara UK.

"Tidak pernah saya mempertikaikan hukum Islam, malah saya buat kenyataan, kalau anda berada di Malaysia, ikutlah fatwa dan undang-undang negara Malaysia. Kenyataan saya kemudiannya diambil oleh media tabloid di Malaysia dengan headline sebegini.

Sumber Twitter

"Setelah artikel ini keluar di Facebook, bermacam-macam kata jelik, lucah dan hinaan dikeluarkan," katanya turut menegaskan kenyataan penuh berhubung isu khitan itu boleh dibaca menerusi IG Highlight.

Sumber Twitter

Sumber Twitter












Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 20-12-2022 01:05 PM
geli baca komen masing2 yg lucah tu.. mmg otak lucah betul. aku tolong kesian untuk anak bini pengomen tu.
Quote Samerosie 20-12-2022 01:06 PM
Siapalah netizen2 yg baghal mcm tu.  Mak bapak derang tak ajar beradab ke.  Dgn baby pun ckp mcm tu.  
Quote Kak-Rohana 20-12-2022 01:08 PM
Kan akak dah kata dek.. level2 ko ni tak perlu trying hard sgt pamer ko punya lifestyle bagai. Bila audience ko ummah B40.. komen2 yg dtg level Hospital Kubang Kerian la dek. Ko punya content pun ala2 doktor klinik Asia kt Chow Kit apo yg ko expect dek?
Quote Kitty_catz 20-12-2022 01:11 PM
takkan dah lama main twiterjaya ka IG ka fesbuk ka tiktok kaa pun tak paham2  lagi nurakjen mulayu gimana sisturrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Quote sufi^_^ 20-12-2022 01:13 PM
Ada yang pengkomen tu bapak budak dah. Malang nasib anaknya dapat bapak level cam tu.
Quote wikedsaikel 20-12-2022 01:16 PM
Samerosie replied at 20-12-2022 01:06 PM
Siapalah netizen2 yg baghal mcm tu.  Mak bapak derang tak ajar beradab ke.  Dgn baby pun ckp mcm tu. ...

Kadang kadang tefikir adakah sebab di sekolah ada org dewasa yang suka buat komen macam tu. Makin menjadi perangai budak budak ni.
Quote sufi^_^ 20-12-2022 01:16 PM
Aku bayangkan kebanyakan pengkomen ni stail dressing:

1. Topi/cap, mungkin pakai terbalik.
2. Sling bag
3. Seluar paras lutut (optional)
4. Boroi (optional)
5. Kalau bercakap kat hp mesti bukak speaker atau vc.
6. Lebih gemar voice note dari menaip.
Quote Thunderclouds 20-12-2022 01:20 PM
Aku dh agk ummah mulayu islam akan tulis komen mcm tu pas kluaq artikel pasal sunat ank dia. Aku malas nk ckp byk. Kutip la laki/bini/anak hg yg bodo² tu. Nama ja islam. Mnggelumpur nk pertahankn islam. Acah ja. Komen2 gitu reflect the real u walau bungkuih ngn tudung,serkop ngn kopiah serban. Dlm kepala hanya pikir melucah.
Quote azimodin 20-12-2022 01:21 PM
sufi^_^: Aku bayangkan kebanyakan pengk ...


Rokok dalam kocek, kalau yg vape sangkut kat leher
Quote noor2 20-12-2022 01:22 PM
Amalina ni mcm attention seeker...sebelum ni x dapat perhatian ke apa...x perlula melayan nitizen Malaysia ni...ke dgn masyarakat UK dia x dpt perhatian..jd dia suka sgt dgn med social dgn masyarakat Malaysia ...

Maafla ni pandangan akak..
Quote rogayahtop 20-12-2022 01:26 PM
kat malaysia ni pun banyak je negeri takde nak potong2.



Quote rogayahtop 20-12-2022 01:28 PM
sufi^_^ replied at 20-12-2022 01:16 PM
Aku bayangkan kebanyakan pengkomen ni stail dressing:

1. Topi/cap, mungkin pakai terbalik.

kalau tgk dr komen2 tu rata2 pakcik2 dgn makcik nak expired dah pun
yg bersepah dah masuk dalam kat fb tu pun ramai ala2 melayu ereb tudung labuh berkopiah



Quote Azharitubunga 20-12-2022 01:29 PM
Perangai semua nak beberkan kehidupan di media sosial..
Mendapatlah
Demi konten sangat
Cuba kau diam2 off dari media sosial, tak ada pun orang nak ambik tau hal kau
Quote allshares 20-12-2022 01:46 PM
Dr amalina bkn 33 yah, i think she is 36 suda (spm 2003 kot?) Mohtep i ingat?
Quote nononcrux 20-12-2022 01:55 PM
bodohnya puak puak yang komen ni.. buat malu, melayu dungu!
Quote Cokoro 20-12-2022 02:01 PM
Edited by Cokoro at 26-12-2022 08:14 AM
noor2 replied at 20-12-2022 01:22 PM
Amalina ni mcm attention seeker...sebelum ni x dapat perhatian ke apa...x perlula melayan nitizen Ma ...


dia boleh je aman2 kerja kt uk tanpa melayan netz
Quote ibugarang 20-12-2022 02:05 PM
Sedih tgk dp mreka itu pun ada gmbar anak2.. malunya berbapak kan laki yg mentaliti macam duduk dlam gua..
Quote faraway1 20-12-2022 02:10 PM
Private aje Instagram cam diri ku ini, takda faedah layan rakyat Malaysia yang terlebih prihatin..
Quote ayukpingu 20-12-2022 02:14 PM
rajin bebenor dr ni online sambil membaca setiap komen para nitizen malaysia eh? byk masa sungguh...

yang komen kalau yer pon, agak2 la...simpan sikit miang. ni baby pun kau nak attack...kan dh lingkup kena bayor saman...kihkih

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.090027 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top