CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berarak Dengan Ular Yang Mati Digigit Lepas Balas Dendam Dipatuk

14-9-2022 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1030| Komen: 3

Seorang petani di India membalas dendam terhadap seekor ular tedung yang mematuknya dengan cara menggigit reptilia berbisa itu sehingga mati, lapor akhbar Daily Star semalam.


Dalam kejadian pada 6 September lalu, petani bernama Salim Khan dilaporkan sedang bekerja di kawasan sawah padi berhampiran sebuah kampung di wilayah Bengal.


Daily Star

Penduduk tempatan berkata, lelaki itu mengumpul rumput untuk memberi makan kepada lembu peliharaannya apabila dia tiba-tiba dipatuk seekor ular tedung.

Salim dipatuk pada bahagian kaki, menyebabkan dia nekad membalas dendam terhadap repitilia berbisa itu.


Tidak seperti kebanyakan orang lain yang melarikan diri sekiranya insiden tersebut berlaku, Salim bertindak menggigit ular tedung itu sehingga ia mati.

Lelaki itu kemudian berarak di sekitar kejiranannya bersama bangkai haiwan itu yang dililit di  leher. Dia bangga kerana dapat membunuh ular yang menyerangnya.


Daily Star

Menurut Salim, dia sedikit pun tidak berasa sakit selepas dipatuk ular tedung itu.

“Kami melihat Salim menunggang basikal bersama seekor ular tedung yang dililit di sekeliling lehernya. Ia amat menakutkan,” kata seorangs saksi kepada laman berita Sambad English.

Menurut Sambad English, Salim mendakwa bahawa dia berjaya menghapuskan bisa ular menggunakan ilmu sihir. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 14-9-2022 03:02 PM
aku pulak yg scary tgk
Quote venom1 14-9-2022 03:03 PM
ok pulak dia kena patuk. selalu dah KO
Quote bulalof 14-9-2022 04:09 PM
biasalah kalau cerita dari sana.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.136259 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top