CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M Teringat Ratu Elizabeth II Tertawa Dengan Jenakanya

14-9-2022 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 875| Komen: 0

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa sedih atas pemergian pemerintah paling lama bertakhta di Great Britain, Ratu Elizabeth II.

Menurutnya, Ratu Elizabeth II merupakan contoh terbaik kepada mana-mana pemerintah yang bernaung di bawah kerajaan berpelembagaan.


Tun M dan Ratu Elizabeth II di upacara penutupan Sukan Komanwel 1998 - Foto: Reuters

"Pemergiannya bukan sahaja merupakan satu kehilangan buat Britain tetapi juga buat mereka yang percaya kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Saya telah beberapa kali bertemu dengan baginda ratu terutamanya ketika mesyuarat melibatkan negara-negara Komanwel.


“Saya teringat ketika baginda tertawa tentang ucapan berbaur jenaka yang saya ucapkan ketika di Zimbabwe.

“Di dalam jenaka itu saya ada berkata bahawa raja-raja Melayu dahulu digelar sebagai penguasa kepada kerajaan, akan tetapi mereka tidak mentadbirnya, sebaliknya dikawal oleh penasihat-penasihat British” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.

Jelas beliau, ucapan tersebut telah disiarkan oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC) ketika Ratu Elizabeth II itu menyambut jubli emasnya.



Dr Mahathir menambah, beliau masih mengingati saat di mana mereka bersama-sama mempengerusikan mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel yang pada masa sama turut berlangsung sukan melibatkan negara-negara tersebut.

Beliau tidak menyangka baginda ratu akan mangkat dalam masa terdekat memandangkan umur mereka yang hanya berjarak setahun.

“Semoga baginda ratu berehat dengan tenang di sana,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.024336 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top