CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kenapa Hairan Saya Masih Solo?' - Sufian Suhaimi

14-9-2022 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1380| Komen: 6

Penyanyi, Sufian Suhaimi menafikan spekulasi kononnya dia sedang hangat bercinta selepas sebuah video yang dimuat naik pengacara, Neelofa tular di media sosial, baru-baru ini.


Sufian berkata, ketika ini dia tidak terlalu memikirkan soal pasangan hidup dan lebih memberi fokus kepada karier, keluarga serta perniagaan.


IG Sufian Suhaimi

“Bukanlah tidak mencari, cuma mungkin tidak terlalu bersungguh-sungguh. Fokus saya sekarang lebih kepada kerjaya seni, keluarga dan perniagaan.

“Mungkin apa yang ada ketika ini membuatkan saya tidak terlalu memikiran tentang mencari pasangan.


“Fitrah manusia mahu hidup berpasangan dan mungkin itu menyebabkan ramai hairan apabila saya masih solo. Ada yang tidak percaya, cuma jujur, saya masih single,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dakwaan kononnya penyanyi Di Matamu itu sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis tular apabila Neelofa memuat naik video seolah-olah memberi bayangan Sufian sudah berpunya.


IG Sufian Suhaimi

Bercerita tentang kerjaya seni, Sufian berkata, dia dalam proses merakamkan lagu baharu yang dijangka bakal dilancarkan, hujung tahun ini.

“Sudah lama saya tidak keluarkan lagu yang mempunyai aura seperti Di Matamu. Tambahan pula, kali ini saya kembali berkolaborasi dengan komposer sama, Sirkhan. Jadi, keterujaan pastinya ada.

“Kalau bercerita mengenai album, perancangan memang ada, cuma perlu disusun dengan baik. Saya juga ada perancangan untuk merakamkan lagu di luar keselesaan dan imej yang sinonim dengan Sufian Suhaimi,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 14-9-2022 03:21 PM
pian nk citer pasal lagu. tp sempat menyelit pasal jodoh
Quote cikatilia 14-9-2022 03:24 PM
SAPA PLAK BERIA2 NAK HAIRAN TU??
Quote Perawankota 14-9-2022 08:36 PM
Lantak kau lah
Quote wtvmjls 16-9-2022 09:27 AM
kekrul+puyu = pian
Quote black_handbag 16-9-2022 10:13 AM
eh sape lak ada masa nak heran. lantak ko la nak tua tak kawin2 pon ade aku kesah
Quote laksmanabentan 16-9-2022 10:14 AM
sbb ko yang balik2 up cite pasal jodoh la weeyy...
nitizen tak heran pun....

ko tgk si hael tu ada dia up cite pasal jodoh??
hahahahaa....

ada nazimah up story pasal nak berbinik??
hahahhahaa....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.039491 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top