Wanita di Indonesia berfikiran singkat apabila mengetuk motosikalnya dengan batu hingga rosak kerana berang kenderaannya itu ditarik selepas gagal membayar ansuran bulanan.
Berita Hits melaporkan, klip video yang tular di media sosial, dia dilihat mengetuk bahagian hadapan motosikal itu yang diletakkan di sebuah kawasan parkir. Sambil merosakkan kenderaan tersebut, bibirnya tidak berhenti marah sehinggakan nombor pendaftaran motosikal itu tercabut daripada kedudukannya.
Dia bagaimanapun tetap meneruskan tindakan tersebut dengan melempar batu ke arah motosikal itu sekuat hati sebelum berlalu dari situ bersama anaknya yang masih kecil. “Tidak dapat menerima kenyataan bahawa motosikalnya ditarik, seorang ibu merosakkan motosikalnya sendiri,” demikian menurut keterangan pada video tersebut. Video itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen mengenai perbuatan wanita berkenaan.
|
ADVERTISEMENT