CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zee Avi Pekak, Terpaksa Guna Alat Bantuan Pendengaran

14-9-2022 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3581| Komen: 14

Zee Avi perlu menerima hakikat jika ada yang memanggilnya pekak selepas mengalami masalah pendengaran hingga terpaksa menggunakan alat bantuan pendengaran selama 13 jam sehari ekoran masalah dialami sejak beberapa tahun lalu.


Zee, 37, atau nama sebenarnya Izyan Alirahman berkata, alat bantuan pendengaran yang dipakai sejak setahun lalu itu digunakan di kedua belah telinga.

Foto: IG

"Kalau orang panggil pekak, ya, nak buat macam mana lagi kan. Tapi perkataan pekak itu sebenarnya agak sensitif untuk kebanyakan orang sebab kesukaran pendengaran ini ada banyak tahap. Apa yang saya alami adalah hilang pendengaran tapi untuk orang pekak mereka memang daripada lahir.


"Jadi, saya sebenarnya hilang pendengaran. Bila tak jaga kesihatan pendengaran macam itulah ceritanya. Sekarang ini 13 jam saya perlu pakai alat bantuan pendengaran ini, kalau tidur tak pakai. Bila bangun saja terus pakai. Kalau tak pakai bunyinya macam dalam otak. Jadi, rasanya sangat sunyi.

"Sejak setahun lalu, saya perlu pakai alat ini di kedua belah telinga. Kalau tak buat sesuatu, ia akan menjadi makin teruk. Kalau saya tak guna alat ini, kita akan kuatkan lagi bunyi jadi ia akan jadi lebih teruk. Saya sangat bersyukur disebabkan teknologi alat ini jadi tak nampak pun sebenarnya kalau saya pakai," katanya kepada Harian Metro.



Terdahulu, Zee ditemui pada Majlis Exclusive Screening Hour With The Stars yang dibawakan oleh Global Hearing Care Malaysia, di sini, semalam. 

Menurut Zee, selepas mengalami masalah pendengaran dia mula menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi. Secara tidak langsung, produktiviti dirinya sebagai penyanyi dan pemuzik turut terjejas.


"Apa yang seksa adalah bila ramai kawan yang bercakap lemah lembut, jadi bila nak suruh mereka kuatkan suara, saya yang rasa macam mereka sedang sakit. Bila mereka kuatkan sikit suara, mereka dah rasa macam menjerit jadi saya tak mahu lakukan itu kepada kawan saya. Lama kelamaan saya akan rasa malas nak bagi tahu. Setiap kali kalau saya pergi mesyuarat dengan menteri atau orang penting takkan saya nak bagi tahu mereka supaya kuatkan suara.

"Apabila tak dengar, kelantangan suara itu makin lama makin kuat. Pembesar suara 'bluetooth' pun kena letak berhampiran saya. Sekarang ini tak perlu guna dah. Kalau buat pembesar suara dekat telefon pun tak dengar. Tetapi sekarang dah makin baik dan mudah dengan alat ini," katanya.



Dalam masa sama, Zee yang popular menerusi lagu Kantoi berkata, sokongan moral terutama daripada ahli keluarga dan suami membuatkan dirinya nekad untuk mendapatkan bantuan daripada audiologis di Global Hearing Care Centre GHCC), Wangsa Maju. Ia Bermula dengan sesi ujian pendengaran dan konsultasi, Zee akhirnya bersetuju untuk menggunakan alat bantuan pendengaran.

"GHCC juga menawarkan servis alat bantu pendengaran, ujian pendengaran bagi bayi dan dewasa, serta konsultasi masalah pendengaran selain menjadi pengedar beberapa jenama terkemuka Alat Bantu Pendengaran seperti Bernafon, Oticon, Phonak & Widex." katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 14-9-2022 11:49 AM
Kesiannya sheols....

BTW, sheols ni masih aktif dlm muzik ke? Underground je?
Quote whadda 14-9-2022 12:29 PM
Semalam i call u u tak jawab

Tu je la lagu yg terngiang ngiang kat telinga klo baca nama dia

Anyway kesian gak dia klo makin hilang pendengaran.. iol ade ahli kluarga yang pekak sebelah.. masa lahir ok tp dah dewasa baru hilang pendengaran sebelah.. punya la kita panggil dia tak dengar.. fon bunyi paling kuat pon dia tak dengar.. harapkan vibration je.. ade alat bantuan pendengaran pon dia taknak pakai sbb benda tu macam berbunyi klo letak kat telinga.. cam bunyi berdesing
Quote bulalof 14-9-2022 12:42 PM
alat bantuan pendengaran pun bukannya murah harganya...
Quote pearl.silver 14-9-2022 12:52 PM
Teringat citer korea dream high dulu
Laki tu makin pekak tp nk jd penyanyi..
Quote syamzana 14-9-2022 01:02 PM
whadda replied at 14-9-2022 12:29 PM
Semalam i call u u tak jawab

Tu je la lagu yg terngiang ngiang kat telinga klo baca nama dia

mcm husband iols  dpt tinnitus ms umur 27/28 gitu. telinga asyik berdesing je mujur lama2 heols dpt membiasakan diri. ada setgh org smpai depression sbb asyik dgr berdesir/berdesing je telinga tu.
pakai earing aid, beli beribu ujung2 buat hiasan je. sbb bila pakai katany maki kuat berdesir tu
sakit jiwa bila weols panggil dia buat bodo je, bila kite ckp kuat sikit dan2 dia kata kite marah dia plak. pening anak2

iols simpati dgn zee avi, dah la menyanyi tup2 hilang pendengaran plak
Quote rosedemon 14-9-2022 08:45 PM
kesiannya. menyanyi tp pekak guano tu
Quote miss_perfect 14-9-2022 09:29 PM
Ingatkan dia nak cerita apa yg menyebabkan dia kehilangan pendengaran. Tapi tak ada la pulak...
Quote ajeajelah 14-9-2022 09:37 PM
Dugaan besaq buat zee avi. Semoga baik2 saja na.
Quote margo20 14-9-2022 09:43 PM
Dulu awal kawin penah jgk telinga mcm berdesing g jumpa pakar dia test ckp takde apa nasib baik la tak hilang pendengaran sbb mmg suka dengar music kuat kuat dlm kete
Quote kepompong 14-9-2022 09:58 PM
miss_perfect replied at 14-9-2022 09:29 PM
Ingatkan dia nak cerita apa yg menyebabkan dia kehilangan pendengaran. Tapi tak ada la pulak...

yeah me too.. mmg baca dgn penuh khusyuk dari awal sampai akhir…. tak jumpa. Yg jumpa paragraph last iklan hearing aid
Quote Perawankota 15-9-2022 02:32 AM
Kesian dia.. Mak aku pon telinga tak dengar, memang kena pakai alat tu.. Tapi selalu x nk pakai. Pastu bila kita ckp dia x dgr.. Kadang rasa bersalah pulak bila ckp kuat dgn dia.
Quote NazRysha 15-9-2022 11:39 AM
Perawankota replied at 15-9-2022 02:32 AM
Kesian dia.. Mak aku pon telinga tak dengar, memang kena pakai alat tu.. Tapi selalu x nk pakai. Pas ...

Boleh tahu berapa harga alat tu?
Quote Perawankota 15-9-2022 01:18 PM
NazRysha replied at 15-9-2022 11:39 AM
Boleh tahu berapa harga alat tu?

Hearing aid ada byk jenis, tgk tahap kerosakan pendengaran org tu. Klu pi swasta harga 1-3 k. Tapi dekat shopee ada je yg murah2 ratus2.. Cuma tak tau OK ke tak.

Tapi, klu pesakit tu layak terima bantuan, ada agensi kerajaan/ngo akan bantu utk beli hearing aid ni. My mum pernah dapat bantuan sekali. Masa tu ada doctor pelatih kt hospital tu baik hati tlg apply. Kena ada recommendation dari pihak hospital. Tapi makan masa lama. Pastu kena pi amik kt Terengganu, masa tu.

Tapi yang lepastu dia beli sendiri je sebab dia kata rumit bila nak apply bantuan2 mcm ni.
Quote Olumis 19-9-2022 01:05 AM
Kesian... Mengingatkan ku kepada umur yang semakin bertambah. Suatu hari nnt, pasti satu2 nikmat akan ditarik balik. Macam kawan iols, menjelang umur 40an, nikmat untuk menikmati makanan faveret dah ditarik balik. Sorang lg, mata mula rabun dekat.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.090659 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top