Tular rakaman video memaparkan doktor cuba mengeluarkan seekor ular dari dalam telinga seorang wanita. Bagaimanapun, lokasi dan masa kejadian tidak dikenal pasti.
Economic Times melaporkan seperti dipetik Kosmo!, video yang dimuat naik di Facebook Chandan Singh menunjukkan ular kecil berkenaan enggan keluar walaupun doktor menggunakan klip besi untuk menarik reptilia itu dari telinga pesakit. Malah, pelbagai teknik digunakan untuk mengeluarkan ular dari dalam telinga pesakit wanita.
Namun, semua percubaan itu gagal dan video berkenaan berakhir tanpa mendedahkan sama ada ular itu berjaya dikeluarkan atau tidak. - CARI
|
ADVERTISEMENT