Afiq Shazwan meluahkan rasa terharu dan tidak menyangka berjaya membawa pulang trofi bagi kategori Jumlah Tontonan Muzik Video tertinggi di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 menerusi muzik video lagu Malam Semakin Dingin duet bersama Tajul.
Afiq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 25, berkata dengan kemenangan itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk berkarya. “Ini yang diimpikan semua orang, kalau pelakon ada anugerah dia... kalau penyanyi pula pasti ada anugerahnya dan saya tidak jangka untuk menerima penghargaan ini. “Lagi pun apa yang saya lakukan ini berdasarkan minat sejak kecil lagi untuk menjadi seorang penyanyi, pelakon dan pengacara jadi ini merupakan penghargaan dan hadiah buat saya kerana akhirnya segala titik peluh membuahkan hasil,” kata Afieq kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT