"Kaki jer pun... Tak kan kaki pun nak tergoda," kata penyanyi, Vanessa Ben Reynauld membidas kritikan segelintir netizen yang menganggap penampilannya pada malam Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), berlangsung baru-baru ini.
Memetik laporan Harian Metro, Vanessa yang berjaya membawa pulang trofi Artis Baharu Terbaik AIM23 itu juga menyifatkan penampilannya pada malam acara tersebut tidak terlalu mencolok mata.
"Terpulang kepada individu itu bagaimana mereka mahu serlahkan penampilan. Untuk saya sendiri, memang suka mencuba.
"Kalau netizen nak bataskan perkara itu terhadap saya, rasanya ia tidak patut. Jadi, apa yang saya pakai selagi tidak melampau, saya okay saja," katanya.
Vanessa yang semakin terbiasa dengan kecaman netizen menjadikan perkara itu sebagai motivasi untuk menjadi lebih kuat selain menjadikan keluarga sebagai sumber kekuatannya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My