Ikon pengacara tanah air, Puan Sri Normala Samsudin berpendapat bahawa setiap wakil rakyat perlu menunjukkan contoh baik kepada generasi muda menerusi pemilihan kata yang lebih sesuai.
"Adab dan bahasa itu amat penting bagi semua ketua. Simpan sini sebagai rekod, betapa kita perlukan perubahan bermula dari kata-kata atau adab bicara.
"Seseorang ketua perlu menjadi contoh yang baik untuk generasi akan datang," tulisnya.
Menerusi perkongsian terbaharu di IG, bekas personaliti televisyen itu turut menyarankan agar YB yang menggunakan bahasa kesat perlu dikenakan tindakan tatatertib.
"Sepatutnya, setiap YB yang menggunakan bahasa kesat, kasar dan terjerit pekik, 'Unparlimentrian' perlu dikenakan tindakan tatatertib yang jelas, tegas dan undang-undang bertulis.
"Ia akan menjadi contoh teladan kepada generasi muda," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My