CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dibunuh Sebab Kunyah Tembakau Dekat Kuil Emas

13-9-2022 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1314| Komen: 4

AMRITSAR, India – Polis India menyatakan pada Jumaat lalu bahawa pihaknya menahan tiga anggota sebuah mazhab Sikh radikal yang dituduh menetak seorang pemuda hingga mati kerana mangsa mengunyah tembakau berhampiran Kuil Emas iaitu kuil paling suci agama Sikh.


Harmanjeet Singh, 22, terbunuh selepas pertengkaran dengan tiga orang Nihang. Ninhang merupakan pahlawan Sikh yang berpakaian jubah biru, membawa pedang dan menguatkuasakan peraturan agama berkenaan berhampiran Kuil Emas.

Ketiga-tiga mereka menuduh Harmanjeet mabuk dan mengambil tembakau yang mana kedua-dua perbuatan itu dilarang oleh agama Sikh.

“Insiden itu berlaku di khalayak ramai,” kata Pesuruhjaya Polis Amritsar, Arun Pal Singh kepada pemberita Khamis lalu, sehari selepas pembunuhan berlaku.

Foto: AFP


Orang ramai melihat keseluruhan insiden itu di Bazar Kahia Wala Bazar malam Rabu lalu tetapi tidak tampil untuk menghalangnya

Polis menahan ketiga-tiga lelaki itu petang Jumaat lalu, kata beberapa pegawai kepada agensi berita AFP.

Perlindungan tempat suci itu adalah isu yang sangat sensitif kepada penganut Sikh, manakala pengambilan tembakau, minuman keras atau dadah di tapak suci dianggap mencemarkan Kuil Emas.

Pembunuhan itu berlaku di bazar tersebut yang jaraknya beberapa minit berjalan kaki dari Kuil Emas. Kuil itu menempatkan ibu pejabat pendeta paling kanan agama Sikh dan kitab sucinya, Guru Granth Sahib.

Bekas perdana menteri India, Indira Gandhi telah dibunuh oleh pengawal peribadinya yang berbangsa Sikh pada 1984 selepas beliau mengarahkan serangan kejam oleh tentera ke atas Kuil Emas untuk mengusir kumpulan pemisah.

Pembunuhannya mencetuskan tindakan balas dendam berdarah di New Delhi yang menyebabkan hampir 3,000 orang Sikh dibunuh. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 13-9-2022 11:17 AM
Mendapatlah ngkaw tak respek agama orang
Quote naina 13-9-2022 08:41 PM
Perghhh extreamnyaaahhh
Patutlah sini pun berparang2 bagai
Quote rosedemon 14-9-2022 08:35 PM
mendapatttt
Quote mandear11 14-9-2022 08:49 PM
kena faham...yg di bunuh tu pun sikh yg membunuh pun sikh....kalau org sendiri tak hormat agama sendiri how la...sebeleum masuk islam saya pernah pi sana..memang area sana tak jual arak ...and tak bleh minum arak kalau pi sana... and u all boleh google knapa tembakau atau rokok haram dlm agama sikh.... thanks.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.172117 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top