CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anna Jobling Dan Meerqeen Harap Melur Untuk Firdaus Bagi Musim Kedua Cipta Fenomena Lagi

13-9-2022 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6841| Komen: 70

Selepas mendapat sambutan luar biasa dari dalam dan luar negara, akhirnya pihak TV3 bersetuju meneruskan lagi drama bersiri, Melur Untuk Firdaus bagi musim kedua.


Pengumuman tersebut dikongsi sendiri oleh tunjang utama drama tersebut Meerqeen dan Anna Jobling sewaktu menjadi tetamu undangan di program Terpaling Juara pada Ahad.

Menurut Anna, sebagai pelakon dia sememangnya teruja dengan perkhabaran tersebut lebih-lebih apabila dapat memenuhi permintaan peminat.

Foto: IG

“Kalau permintaan peminat nak tonton kami lagi, apa salahnya kami tunaikan. Sebenarnya kami tak jangka pun akan ada musim kedua.


“Pada awalnya, jangkaan kami untuk musim yang pertama hanya biasa-biasa sahaja. Bila dah ditayangkan, kami pun terkejut drama ini boleh meletop di seluruh dunia. Disebabkan itu, kami lanjutkan lagi untuk musim yang kedua. Ini semua untuk anda,” katanya kepada MH.

Sementara itu, Meerqeen tidak menolak kemungkinan dia dan Anna akan berasa sedikit tertekan untuk memenuhi jangkaan peminat selepas kejayaan luar biasa yang diraih pada musim yang pertama.

“Secara jujurnya, saya akui berasa sedikit tertekan untuk memenuhi ekpektasi peminat kerana kami sentiasa ingin memberikan yang terbaik. InsyaAllah kami akan cuba sebaik mungkin.

“Saya juga menharapkan drama ini akan mendapat sambutan yang lebih hebat daripada musim pertama. Apa yang boleh saya katakan, drama kali ini akan menampilkan kelainan dari segi plot cerita dan karakter-karakter baru. Kami tak sabar nak mulakan penggambaran bagi drama ini.

“Memang kami sangat seronok dengan penerimaan peminat sehingga kini. Kami berkerja keras bagi menjayakan drama ini terutama sekali buat Anna kerana wataknya sangat berat. Saya gembira bagi pihak Anna. Dia layak untuk mendapatkan apa yang dikecapinya saat ini,” kongsinya.



Sementara itu, Anna turut mengakui dirinya sudah tidak sabar untuk sekali lagi berkongsi keterujaan bersama peminat sepanjang menjayakan naskah ini.

“Peminat hari-hari membuat suntingan video mengenai saya dan Meerqeen sepanjang Melur Untuk Firdaus berlangsung dan saya sudah tidak sabar untuk merasainya sekali lagi.

“Tetapi saya tidak mahu terlalu selesa dengan keadaan seperti ini dan saya mahu mencabar diri untuk memberikan mutu lakonan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Saya harap drama ini sekali lagi dapat mencipta fenomena,” ujarnya lagi.


Melur Untuk Firdaus musim ke-dua dijangka bakal memulakan penggambaran pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Pihak produksi dikatakan masih lagi berusaha untuk memghasilkan skrip dan naskah yang terbaik.



Drama rantaian Melur Untuk Firdaus yang disiarkan TV3 melalui slot Lestary, merekodkan 11 juta penonton sehingga episod akhir pada 15 Julai lalu. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 13-9-2022 11:35 AM
tak yah, cukup ... mual
Quote Pak.dolla 13-9-2022 11:42 AM
manehnya replied at 13-9-2022 03:35 AM
tak yah, cukup ... mual

Se7...org seberang je yg suka depa ni....
Ahad lepas depa berdua dtg promote musim ke 2 kat terpaling juara...tak ada siapa pun surprise dan xda sapa pun tepuk tgn....hahahaha....
Quote sr10 13-9-2022 11:43 AM
Sib baik tak terjebak
Quote jijilaaa 13-9-2022 12:07 PM
soft porn kol 7...acik2 semua kena mandi wajib before magrib
Quote cicicumel 13-9-2022 12:16 PM
I ada la tgk snippet2 drama ni kt tiktok.
Well hopefully s2 tlg la upgrade baju. Ni kan bajet ciput mcm pakai baju kedai Hari Hari /pasar malam. And plz cari 2nd hero/heroin yg lawa sikit. Haha
Quote woven11 13-9-2022 12:19 PM
Orang malaysia x layan drama ni.. pergi tayang kt seberang je la
Quote Acikgomen 13-9-2022 12:23 PM
manehnya replied at 13-9-2022 11:35 AM
tak yah, cukup ... mual

Utk bbnu mcm depa kira berjaya sgt2 dah ni
Fan depa kat yindon tak sangga2 sampai pakat kawin pakai baju tema pengantin msia
Quote pembacagosip 13-9-2022 12:27 PM
yg musim pertama pun aku rasa bosan
munkin taste aku bukan drama gini kut
suka drama yg thriller mcm tarantula cerita 90s dulu2
klu skrg drama yg jannah redza rosli jadi giler tu best juga
Quote surih07 13-9-2022 01:06 PM
jijilaaa replied at 13-9-2022 12:07 PM
soft porn kol 7...acik2 semua kena mandi wajib before magrib

Hahahah!
Cis tegelak baca
Quote fadz84 13-9-2022 01:12 PM
jijilaaa replied at 13-9-2022 12:07 PM
soft porn kol 7...acik2 semua kena mandi wajib before magrib

season 1 dulu tyg pukul 9.00pm lepas isyak.. hehe..
Quote Perawankota 13-9-2022 03:21 PM
Best Sgt ke series ni? Anyway, of course lah korg nk ada sambungan. Sebab tu korang punya punca pendapatan.
Quote jiwakacau06 13-9-2022 03:27 PM
tgk dkt tiktok trailer mcm best...tapi bila tgk full episode.. urm..xpyh smbung la..
Quote Mulotkoyak 13-9-2022 03:43 PM
Ak xlyn citer korg. Anyway viral ke.
Quote manehnya 13-9-2022 03:45 PM
Acikgomen replied at 13-9-2022 12:23 PM
Utk bbnu mcm depa kira berjaya sgt2 dah ni
Fan depa kat yindon tak sangga2 sampai pakat kawin paka ...

eww.. pliz berlakon mcm kayu..
Quote September14 13-9-2022 03:49 PM
Aku xde masalah dgn diorg ni sbb diorg ni lawo… kena bnykkan pelakon remaja yg mcmni utk menghiasi kaca tv
Quote missyL 13-9-2022 03:56 PM
Ade smbungan lg ke

Mesti menjadi2 soft porn nti yela ade peminat
Quote anaktoyol 13-9-2022 04:35 PM
cukup2 lahhhhh... plot ulang2... laki jumpa ex.. bini marah... laki pujuk.. abang nak melur x mlm ni... berbaik... pastu ulannnnggg lagi kat next episod....... halahhhhhhhhh bosssannnn
Quote Acikgomen 13-9-2022 05:15 PM
anaktoyol replied at 13-9-2022 04:35 PM
cukup2 lahhhhh... plot ulang2... laki jumpa ex.. bini marah... laki pujuk.. abang nak melur x mlm ni ...

Acik pulak rengsa tgk watak dee tu
Heshe lontar dialog mcm nak nganjeng je
Antagonis apoooooo
Tu pun org puji
Quote Lavender_Violet 13-9-2022 05:20 PM
Eiiii....x payah lah.....sudah2 lah tu...wpun aku sendiri tak pernah tengok drama ni

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.050187 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top