CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trend Culik Bayi Di Pasar Raya- Mak Ayah Sibuk Shopping, Tak Sedar Anak Dalam Troli Hilang

13-9-2022 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2279| Komen: 11

JOHANNESBURG: Satu video memaparkan seorang wanita menculik bayi dari troli beli-belah tanpa disedari ibu bapa anak kecil itu yang sedang membeli barang di sebuah pasar raya di Afrika Selatan, tular dalam media sosial.


Lapor Daily Mail, kejadian itu berlaku selepas kes penculikan yang hampir serupa dilaporkan kira-kira dua minggu lalu.

Dalam rakaman itu, wanita dalam lingkungan usia 50-an dilihat berjalan selamba seolah-olah mahu membeli barang di lorong bahagian produk makanan sejuk beku di sebuah pasar raya di Port Elizabeth.

Foto: Twitter


“Namun, apabila wanita itu semakin menghampiri troli milik ibu bapa bayi itu, dia serta merta mengambil anak kecil itu.

“Dalam sekelip mata sahaja, bayi itu dibawa keluar dari troli berkenaan lalu dipeluk dan dilarikan oleh wanita tersebut,” jelas laporan itu.

Pasangan itu kemudian menyedari anak perempuannya hilang apabila mereka mahu meletakkan barang dalam troli.

Mereka menjerit kuat meminta tolong dan berlari sekeliling untuk mencari anak yang hilang.

“Bapa bayi itu berlari ke arah pintu depan pasar raya dan memaklumkan kepada pengawal keselamatan anaknya diculik dan meminta mereka menutup pintu tersebut.

“Akibat gagal melepaskan diri, suspek mengaku bayi pasangan itu sudah diambil oleh rakannya dan mendakwa seluruh kejadian itu adalah gurauan semata-matanya,” jelas laporan itu.

Bayi itu dipulangkan kepada ibu bapanya dan pengawal keselamatan melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

Kedua-dua wanita itu kini ditahan polis atas dakwaan cubaan menculik. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 13-9-2022 10:51 AM
gila laa... kalau bapak dia x cepat bertindak, mau murung malam tu..
Quote ezacbee 13-9-2022 11:09 AM
Gila nak bergurau camtu. Alasan je. Padan muka xboleh keluar. Beranak sendiri la
Quote greantea 13-9-2022 11:46 AM
kalo ngan aku ko gurau mcm tu memang separuh mati ko aku kerjakan.
Quote seri_mawr 13-9-2022 11:49 AM
gurau ngek hang....

tapi tu la...bahaya ada di mana2...

Quote Artemesiaa 13-9-2022 11:56 AM
Kat Malaysia ni senang je anak kena culik sebab ramai mak pak sibuk dengan phone dan benda lain dari lihat anak dah lari kemana.
Quote venom1 13-9-2022 11:58 AM
bukan culik je..anak yg kena lenyek lori pun ada sebab parent leka dengan phone
Quote Adrif 13-9-2022 06:20 PM
Artemesiaa replied at 13-9-2022 11:56 AM
Kat Malaysia ni senang je anak kena culik sebab ramai mak pak sibuk dengan phone dan benda lain dari ...

kalau kat mall, sejenis kaki laju berjalan, tangan raba barang, mata melilau sana-sini.anak hilang dekat 10 minit pun tak sedar

budak meraung sorang-sorang kat lorong sunyi, mintak tolong kat aku,
budak kecik kalau menangis, dilihat bersama lelaki dewasa, is A BIG NO. orang akan salah faham lain. aku takut gila nak tolong.
tapi budak tu dengan mata bengkak, hingus meleleh, dok pakcik, pakcik, mama hilang. mama hilang.
aku tanya adik datang dari mana, lagi kuat dia meraung. ah sudah.
pastu aku pun cakap, tunggu jap, pakcik panggil staff mall, bawa ke customer service. dia meraung takut kena tinggal sorang
lepas tu dia pegang tangan aku, sambil nangis, aku pun pimpin nak ke security guard.
baru halfway, mak dia menjerit dari hujung lorong panggil nama anak dia, pastu panggil semua orang tuding jari kat aku, macam aku nak culik anak dia.
anak dia pun terus lari kat mak dia, orang semua pandang aku. terus aku blah, balik rumah, tak jadi beli barang.

sampai sekarang aku bila teringat, menyumpah seranah je aku dengan perempuan tu.
harap2 dia gemuk sampai ke tua
Quote dani-rox 13-9-2022 06:47 PM
kat UK bulan lepas pun ada kes mcm ni, tengok kat cctv si emak tgh kat sebelah troli tu jah, tgh tunduk pilih2 produk dlm freezer. salah sorg pekerja jln2 slow2 kemudian ambik toddler dia. si emak sempat perasan, toleh ke belakang tengok anak dia dibawak lari pergi aisle lain. cepat2 dia rampas anak dia balik, tp si pekerja tu mcm beria2 tgh explain - katanya si anak mintak dukung. si emak tu bolayan, dan membelakangkan si pekerja biar dia cakap sorg2. pastu si emak pegi komplen dgn pihak pasaraya. tak tahu apa jadi dgn pekerja tuh.
Quote sharlenetexas 13-9-2022 07:16 PM
Teringat pulak ex bini orka keluar melintas jalan depan rumah kena rompak masa nk beli kebab.


Quote Nnoor2 13-9-2022 07:51 PM
Adrif replied at 13-9-2022 06:20 PM
kalau kat mall, sejenis kaki laju berjalan, tangan raba barang, mata melilau sana-sini.anak hilang ...

Kalau akak la dah akak marah mak budak tu...ko nk takut apa shopping mall tu penuh cctv....elok ko marah mak budak tu sebab lalai...
Quote Adrif 14-9-2022 12:31 AM
Nnoor2 replied at 13-9-2022 07:51 PM
Kalau akak la dah akak marah mak budak tu...ko nk takut apa shopping mall tu penuh cctv....elok ko ...

berdasarkan pengalaman aku marah dan bertekak dengan public (lol)
ada sejenis manusia tak makan saman kalau kita marah. macam menjerit kat batu tepi jalan. dia bukannya nak dengar kita cakap apa. satgi kena tegur, dia yang melenting dengan suara guruh dia. kalau ada cctv pun, yang salah, kita jugak.  

style aku kalau nak bagi diorang menggelabah,
kalau diorang jeling aku dari jauh, aku buat2 mulut kumat-kamit baca something, pastu hembus-hembus dia  
baru terbeliak-terbeliak mata terkejut

dah kalau orang tu bodoh, maka dia akan takut dengan perkara bodoh jua. gituuu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.053517 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top