Azhar Sulaiman sekali lagi mencuri tumpuan apabila hantarannya di Instagram dilihat seolah-olah berbaur sindiran.
Kata pelakon itu dalam nada sindiran, banyak kebaikan diperoleh sekiranya mendedahkan masalah berkaitan keluarga kepada umum. Perlinya lagi, ia seolah-olah menjadi satu trend yang digemari masyarakat Melayu. Azhar bagaimanapun memadam hantaran berkenaan beberapa jam selepas ia dimuat naik. Namun, Media Hiburan sempat membuat tangkap layar beberapa komen yang ditinggalkan warganet. Sebelum ini, Azhar dikecam dan dikritik apabila meluahkan pendapatnya berhubung pendedahan pelakon remaja, Puteri Balqis yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual bapa kandungnya. Berikutan itu, Azhar sudahpun membuat permohanan maaf, namun dia tetap berdiri teguuh dengan pendiriannya bahawa seorang Islam wajib memelihara aib sendiri dan keluarga. - CARI
|
ADVERTISEMENT