CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Sakinah Tenang Di Luar Negara- Tidur, Makan, Senam, Mentua Pun Tak Sibuk Tanya Bila Nak Beranak

13-9-2022 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4926| Komen: 30

Sharifah Sakinah yang berkahwin dengan lelaki Sweden, Michael Hansen belum mempunyai perancangan mendapatkan cahaya mata.

Malah, Sakinah, 33, atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata, dia tidak pernah ditanya atau mendapat tekanan itu daripada keluarga suaminya.

Foto: IG

"Secara logiknya tak ada perancangan lagi untuk anak baru. Sebab saya ini jenis suka berada dengan suami. Kalau saya mengandung saya nak anak dan suami sentiasa ada dekat saya. Jadi, perkara itu saya tak boleh dapat dalam kehidupan saya.

"Saya membuat keputusan tak merancang untuk mengandung lagi. Suami pun dah tua, maksudnya kalau umur dah 40 tahun ke atas tak nak anak masih kecil.


"Orang di sana tak macam orang kita. Mereka tak tanya pun bila nak dapat cucu. Di sana tak, tak ada tanya semua itu. Mereka macam biasa saja. Kadang-kadang bercakap pun tidak," katanya.



Menurut Sakinah yang mempunyai anak perempuan, Anais Adha, 5, hasil perkahwinan terdahulu, dia mahukan kehidupan lebih tenang.

Bagi Sakinah, ketenangan itu lebih penting tanpa perlu mengharapkan pasangan untuk semua perkara.

"Secara asasnya adalah diri sendiri. Saya tahu tanggungjawab saya dan dia pun tahu tanggungjawab dia. Jadi, saya rasa ketenangan itu datang dari situ. Saya tak nak tenaga habis disebabkan bergaduh saja.

"Saya rasa perlu menikmati masa sekarang ini dan kurangkan fikir masa depan dan masa lalu. Saya dah penat. Walaupun saya 'drama', tapi dalam kepala saya tak pun sebenarnya. Kalau tak, saya layan netizen dan hidup menjadi sedih. Saya hanya mahu begitu dalam hidup. Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang walaupun jauh," katanya.



Dalam masa sama, Sakinah menafikan dia yang mengambil keputusan mengikut suaminya tinggal di Sweden adalah untuk lari daripada kecaman netizen Malaysia.

"Kalau nak tenang di mana-mana pun boleh cuma kalau nak lari daripada orang Malaysia, media sosial itu tetap ada. Di sini pun tak ada orang 'serang' saya, kawan-kawan wartawan tanya perkara yang baik.

"Kalau kamu rasa netizen memberi masalah dalam hidup, jangan main media sosial. Bagi saya netizen tak beri langsung perkara itu. Kadang-kadang saya baca komen yang melampau, tapi itu adalah risiko kita, kalau tak nak jangan 'post'," katanya.



Berkongsi mengenai kehidupan harian di sana, Sakinah lebih banyak mengajar senaman secara dalam talian.

"Di sana saya bersenam sebab kelas saya itu setiap hari. Jadi, memang kami buat virtual. Saya bekerja juga di sana sambil makan-makan. Di sana pun tak mewah sangat kehidupan. Mereka tak ada lelaki, tak ada perempuan. Mereka sama saja. Mereka tak akan menilai apa-apa dan buat hal sendiri saja.

"Kita tak malu kalau nak beritahu yang kita tak kerja dan sebagainya. Jadi, saya rasa macam biasa dan sekarang ini menjalani rawatan yang akan menguatkan saya punya fokus lagi. Di situ juga saya kurang mengambil ubat sebab tak ada penggambaran. Jadi, masa itu buah pinggang saya dapat rehat dan ia seronok.

"Bila bangun pagi saja saya akan jogging sebab saya tak perlu pergi bekerja dan perlukan daya fokus yang sangat tinggi hanya duduk, makan dan bersenam. Memang seimbang sebab sekarang saya duduk sini buat penggambaran saja selama enam bulan," katanya.



Dalam perkembangan lain, Sakinah berkongsi masih aktif berlakon dan pulang ke tanah air jika mendapat tawaran itu.

"Alhamdulillah masih ada orang yang tawarkan untuk berlakon. Saya masih ambil tawaran itu sebab ada perkara yang perlu dibayar dan minat saya masih untuk berlakon. Saya suka pergi lokasi penggambaran, bergelak ketawa dengan kawan-kawan dan 'drama' di luar set itupun saya masih perlukan sebab saya seorang yang kuat 'drama'.




"Walaupun saya di sana, tapi Twitter saya masih 'trending' di Malaysia sebab di sana tak ada 'drama'. Saya tidak meninggalkan terus Malaysia, sebab itu saya cakap dalam program Paknil itu yang saya pergi sekejap. Saya bukan kacang lupakan kulit, bukan jenis yang baru dua hari tak balik dah tak pandai cakap Melayu, bukan. Saya suka ulang-alik dan di sana pun saya kurang gunakan media sosial, itu yang lebih penting," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 13-9-2022 11:59 AM
"Orang di sana tak macam orang kita. Mereka tak tanya pun bila nak dapat cucu. Di sana tak, tak ada tanya semua itu. Mereka macam biasa saja. Kadang-kadang bercakap pun tidak," katanya.

alalalala tiber teruk nau la tanah air ni kan
Quote adeqbun 13-9-2022 12:04 PM
yelah..tanahair ko semuanya teruk..jgn balik2 trus waima kot la terpendek jodoh...x doakan..cuma just in case je la...
Quote pekanwoohoo 13-9-2022 12:10 PM
Nanti dah tua kerepot, kena tinggal, jangan nak mengemis dengan orang dekat tanahair ni ye
Quote helicornia 13-9-2022 12:10 PM
Stay sana terus je la.tak payah balik sini
Quote Rogue98 13-9-2022 12:13 PM
Macam tak best jer marriage dia. Bosan m..suami dah tua taknak anak dah...then rugi jer lah kahwin mat salleh...dah lah berak pun tak cebok. Kerja dia bergayut n mengangkang jer ker...sebab masak pun dia sendiri kata tak pandai.
Quote lattehazelnut 13-9-2022 12:46 PM
Edited by lattehazelnut at 13-9-2022 01:04 PM

Oh da nikah ke.. xperasan pulak..
Alla anak sedia ade pun terbiar kau x jaga..
Kau xde ciri2 utk jd ibu mithali pun so mak mertua x expect pun..
At least anak2 laki dgn bini first dah ade terjaga ok lah dgn bini first..
Quote bulalof 13-9-2022 12:49 PM
begitulah gaya pemikiran dan cakap2 org yg mental tak stabil.
Quote lattehazelnut 13-9-2022 01:03 PM
Rogue98 replied at 13-9-2022 12:13 PM
Macam tak best jer marriage dia. Bosan m..suami dah tua taknak anak dah...then rugi jer lah kahwin m ...

Resipi dia semua rebus.. sbb ada rancangan memasak ape tah dia masak semua rebus..
Quote Lavender_Violet 13-9-2022 01:16 PM
bulalof replied at 13-9-2022 12:49 PM
begitulah gaya pemikiran dan cakap2 org yg mental tak stabil.

Kdg2 aku rasa dia bukan mental tak stabil pun
Saja dibuat2, attention seeker...nak cepat popular
Pastu bila kena kecam sana sini, buat lah alasan2 cliche macam tu
Sebagai escapism supaya org tak kecam dan dia boleh meneruskan hidup dia dgn buat bnda2 tak cukup akal yg dia suka tu
Quote Lavender_Violet 13-9-2022 01:18 PM
Caption gambar sheols dgn shuben sheols yg 'Year 3' tu maksudnya dah 3 tahun kawin ke? Macam baru jek aku rasa si Sakinah ni kawin dgn omputeh ni
Quote dua_chzy 13-9-2022 01:35 PM
Kalau bercerai, tinggal ja sana. Takyah balik Malaysia.
Quote nakkomenjugak 13-9-2022 03:32 PM
And weols care becauseeeee...?
Quote missyL 13-9-2022 03:55 PM
Sekejap rindu anak
Sekejap tenang
Simpan je la sng don't share
Quote Mulotkoyak 13-9-2022 03:57 PM
Yolahhh.. Puji la melambong dlu negara sana laki hg sana. Nnt mcm si hidung kemek sekor tu. Si Lana Nordin. Last2 blik malaysia. Buka bisness kat Malaysia. Pastu merayu utk suppport. Bila xlaku slh kan netizen. Xabis2 la korg ni. Xreti bersyukor.
Quote Perawankota 13-9-2022 04:00 PM
Dia cakap dia kt sana pon shooting/keje jugak ke?
Quote orkid_amani 13-9-2022 04:03 PM
Dia balik kejap2 Msia ats alasan ank sbb dia xnak letgo lg citizenship la tu..mcm kawan aii yg migrate mmg dah let go sbb dia busy xsempat nk balik2 sini kerja dgn airlines sana. Raya pun family dia yg fly ke sana utk celebrate sama2..
Quote whimsicalmusic 13-9-2022 04:29 PM
Aku pening dgn ayat2 die dlm ni..tah la mcm xtersusun xtao aku xpaham ke ayat die bterabur
Quote Sonneblume 13-9-2022 06:13 PM
Bagus la sedar diri..anak sorang pun tak terjaga.
Quote Adrif 13-9-2022 06:23 PM
tak relevan dah, katup je lah benang, cerita pasal dia ni, so yesterday

next!

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.046189 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top