CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Sepupu Usia 11 Tahun Naik Motor Maut- Dilanggar Lori, Tercampak Dan Digilis Kereta

13-9-2022 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4201| Komen: 44

TELUK INTAN – Dua orang sepupu maut setelah motosikal yang dinaiki mereka dilanggar oleh dua buah kenderaan ketika keluar daripada simpang jalan di Parit 7A, Sungai Manik.


Mangsa merupakan pelajar lelaki sekolah rendah berasal dari Labu Kubong, Teluk Intan dan Kampung Batu 2 Sungai Pinang, Klang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kedua-dua mangsa berusia 11 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Foto: Kosmo

Menurut Ahmad Adnan, pihak polis telah menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 12.10 tengah hari yang memaklumkan terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal, sebuah kereta dan sebuah lori.


Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua kanak-kanak berkenaan sedang menaiki motosikal jenis Honda Ex-5 keluaran 1995 dari arah Parit 7B, Sungai Manik menghala ke jalan besar.

“Setibanya mereka di lokasi kejadian mangsa telah keluar daripada simpang secara mengejut dan dilanggar oleh sebuah lori jenis Hino dari arah Langkap menghala ke Teluk Intan.

“Akibat pelanggaran berkenaan penunggang dan pembonceng motosikal tersebut tercampak ke laluan sebelah dan dilanggar sebuah kereta jenis Proton Waja dari arah Teluk Intan menghala ke Langkap,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, akibat pelanggaran tersebut mangsa tercampak di tengah jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 13-9-2022 10:05 AM
Malas nak cakap dah..
Quote ezacbee 13-9-2022 10:18 AM
2x tercampak ke? mula2 lori pastu kereta...

Siapalah mak bapak budak ni..
Quote white_musk 13-9-2022 10:20 AM
Siapa yg kepunyaaan motorsikal itu?
Quote ketambangkang 13-9-2022 10:20 AM
atok aku selalu pesan "biar dia menangis sorang jangan kita menangis ramai"
Quote lattehazelnut 13-9-2022 10:21 AM
Ntah lah dik dah dpt parent xhirau sgt nyawa anak nak buat mcm mne..
Xpayah la cakap budak2 ke apa..
adik i dah 30s pun mak i xbg naik motor..
Quote epal_putih 13-9-2022 10:23 AM
Kat kg byk budak² bawak muto..
Helmet x pakai
Gerun nengok
Quote Triple_8 13-9-2022 10:27 AM
Mujurlah tidak dibubuh tajuk "Dua orang anak B40 meninggal kemalangan..."
Quote chandrahusin 13-9-2022 10:27 AM
ketambangkang replied at 13-9-2022 10:20 AM
atok aku selalu pesan "biar dia menangis sorang jangan kita menangis ramai"

Kannn baru paham maksud kata2 ni
Biar menangis dulu
Mcm kwn nak pinjam duit
Biar gaduh dulu tak bg pinjam
Dr gaduh kemudian duit tak dapat
Dia pun lesap
Quote Thunderclouds 13-9-2022 10:29 AM
Sebaya ngn salah sorg ank iols. Walaupn byk koleksi moto kt umh ni,seko pn i xbg pulas throttle. Either ko jln kaki @ kayuh basikal kalo nk ke mna2 walau nk g semayg jemaat. Salam takziah utk keluarga mangsa
Quote mohdcrow 13-9-2022 10:30 AM
epal_putih replied at 13-9-2022 10:23 AM
Kat kg byk budak² bawak muto..
Helmet x pakai
Gerun nengok

orang luar kena hormat walaupun dorang sendiri bawak macam setan
Quote eragon 13-9-2022 10:30 AM
Kenapa kat kampung2 berlaku kes2 sebegini. bawah umur, tak ada lesen, x pakai helmet dll. Di bandar2 amat jarang nak berlaku.
Jurang kesedaran antara bandar dan kampung masih jauh.
Cara pemikiran pun masih berbeza.
sedangkan kita di tahun 2022.
Quote Scheherazade 13-9-2022 10:35 AM
menyesal pun dah xde guna dah
Quote mehmet 13-9-2022 10:36 AM
Jangan Pula Saman yang melanggar sahaja. Saman sekali si Ibu Ayah itu.
Menyampah budak² umur itu Naik motor. Bangga sangat muka. Tak pakai helmet lagi. Tak signal. Masuk Jln Tak tengok Kiri Kanan.   
Quote eragon 13-9-2022 10:58 AM
Thunderclouds replied at 13-9-2022 10:29 AM
Sebaya ngn salah sorg ank iols. Walaupn byk koleksi moto kt umh ni,seko pn i xbg pulas throttle. Eit ...

Berbasikal atas jalanraya pun bahaya dan berisiko juga kak.
Quote syaz_lina 13-9-2022 11:01 AM
kenapa la dibagi budak2 ni motor, confirm merempit, undang-undang jalanraya pun tak faham. kena saman emak bapak budak2 ni.
Quote shernazz 13-9-2022 11:29 AM
Anak2.lain ada lagi utk.didoakan...
Takpe..
Quote Artemesiaa 13-9-2022 11:41 AM
ketambangkang replied at 13-9-2022 10:20 AM
atok aku selalu pesan "biar dia menangis sorang jangan kita menangis ramai"

Betul tu zaman sekarang mana dia orang peduli nasihat macam tu dah kena batang hidung sendiri baru gigih nak nasihatkan orang lain pulak
Quote MissVixen 13-9-2022 12:04 PM
Budak2 suka masuk simpang tak berhenti. Bapak budak pun 2x5. Signal pun tak bagi. Dia ingat bawak motor kecik boleh menyelit. Bila kena hon triggered. Susah aku nak simpati kalau jenis yang main masuk je ni. Kalau lori ke kereta mengelak, mati lemas pulak kalau kenderaan masuk parit.
Quote tomiko_haza 13-9-2022 12:06 PM
ketambangkang replied at 13-9-2022 10:20 AM
atok aku selalu pesan "biar dia menangis sorang jangan kita menangis ramai"

betol...ayat turun temurun dr atok haza jgk ni..

bio dia menangeh jangan kita yg menangeh nnt katanye

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.105700 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top