Axiata Arena yang dibanjiri peminat Dewa 19 ketika konsert 30 Years of Dewa 19 turut dimeriahkan dengan kelibat selebriti tempatan.
Malah, kehadiran Elyana yang menyaksikan persembahan itu turut mencuri tumpuan. Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi dan pelakon itu meluahkan keterujaannya apabila Ahmad Dhani mengambil alih dengan mempersembahkan lagu Hadapi Dengan Senyuman yang menjadi penguat semangat Elyana sepanjang perjuangannya melawan penyakit. Biarpun dirinya kini menerima kecaman ramai, namun ada juga yang meninggalkan komen positif buat dirinya yang dibalas Elyana.
"InshaAllah, sejahat apapun kita, tetap Allah SWT. di hati," balasnya di ruang komen. Elyana sebelum ini mencuri perhatian dan mengundang simpati apabila mendedahkan menderita kanser limfoma selama 11 tahun dan bebas dari penyakit itu pada Disember lalu. Dia bagaimanapun dihujani kecaman susulan keputusannya untuk tidak lagi berhijab. - CARI |
Joysparta replied at 13-9-2022 01:07 PM
nampk dia happy jd dirinya sendiri...
Perawankota: Dosa dia dgn diri dia dgn Alla ...
ADVERTISEMENT