CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajaran Sesat Hadi Minallah: JAIS Tengah Kenal Pasti Individu Terlibat

13-9-2022 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1479| Komen: 5

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih menjalankan siasatan lanjut berhubung ajaran sesat Hadi Minallah di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd.Shahzihan Ahmad berkata, ini termasuk mengenalpasti perwatakan individu terlibat yang dikaitkan dengan sebarang sebaran ajaran tersebut.

Katanya, beliau mengakui terdapat pergerakan keluar masuk ke dalam negara oleh dua hingga lebih individu yang terlibat itu.


Foto: Kosmo

“Buat masa ini kita perhatikan sejauh mana penglibatan mereka dalam perkara (penyebaran ajaran sesat tersebut) ini.


“Malah, setiap maklumat tentang ajaran sesat tersebut sedang disahkan bagi memastikan kes tersebut menang di mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas selepas majlis perasmian Masjid Ar Raudhah Seksyen U10 Puncak Perdana di sini, malam tadi.

Kosmo! pada 23 Ogos lalu melaporkan penyebaran ajaran sesat Hadi Minallah turut dikesan berlaku di Selangor selain di dua negeri lain iaitu Johor dan Kedah.

Mengulas lanjut, Mohd. Shahzihan menjelaskan, pihaknya tidak akan memaklumkan hasil Jawatankuasa Persidangan tentang ajaran sesat tersebut buat masa ini.

“Kita tidak maklumkan apa-apa sebelum kita muktamadkan hasil siasatan awal.

“Ini disebabkan kita tidak mahu ada apa-apa juga maklumat yang akhirnya ia dieksploitasi dan kita akhirnya menang promosi sahaja. Tiada strategi untuk bertindak akhirnya kita tidak dapat matlamat perundangan untuk dikuatkuasakan,” tegasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 13-9-2022 04:18 PM
Selangor pon ada ajaran Sesat?
Quote Rdizz 13-9-2022 10:56 PM
Dok tunggu perati lama2, makin ramai jadi pengikut, bahaya.

Takkan perati dr jauh ja
Quote kakikuDibibirmu 14-9-2022 06:56 AM
Tok Guru Haji Hadi tersenyum sinis



FV5Hc_d.jpg
Quote Rdizz 14-9-2022 08:07 AM
Enchem pulak gmbar 1st tu haha, sereban & flawless, seblah uztajah tdg labuh, complete set
Quote selipar_hijau 14-9-2022 08:28 AM
asik dok perati je

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.717415 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top