Mendiang Ratu Elizabeth II menulis surat yang disimpan di dalam sebuah peti kaca, lapor Daily Star.
Surat tulisan tangan itu bagaimanapun diarahkan hanya boleh dibuka pada 2085. Pada masa ini, kandungan surat tersebut tidak diketahui. Surat itu diletakkan bersama sekeping nota di dalam peti kaca di Bangunan Queen Victoria di Sydney, Australia. Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun, 6 September lalu.
Kerabat diraja dan kakitangan serta penduduk di Sydney tidak mengetahui kandungan surat tersebut. "Salam. Pada hari yang sesuai untuk dipilih oleh kamu pada 2085. "Bolehkah kamu buka sampul surat ini dan sampaikan kepada warga Sydney," menurut nota itu. Bangunan Queen Victoria dibuka pada 1898 dan dinamakan sebagai penhormatan kepada Ratu Victoria. Sumber: mStar
|
matbad replied at 13-9-2022 10:39 PM
Tun M pn ada peram surat jgk kan. seingat iols dri tahun 1999 tak salah. dan surat tu akn dibukan ta ...
jazaa100 replied at 13-9-2022 10:56 PM
Bukak je lah.....
Bkn dia tau pun.....
Skuau replied at 13-9-2022 11:36 PM
jgn..kot2 ada sumpahan...kang dia cari ko plak...
ADVERTISEMENT