CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Lama Ernie Zakri Berangan Pegang Trofi AIM, Akhirnya Menang Jua

13-9-2022 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1920| Komen: 11

Pasangan Syamel dan Ernie Zakri menyifatkan kemenangan lagu Goodbye Hello menerusi dua kategori Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) Ahad lalu sebagai detik paling manis sepanjang bergelar anak seni.


Kata Syamel, apa bermula sebagai lagu tema perkahwinan mereka, Goodbye Hello kini menerima pengiktirafan tertinggi apabila menerima trofi Lagu Terbaik AIM23 yang menjadi idaman ramai.

Foto: IG

"Alhamdulillah kemenangan lagu Goodbye Hello memang tak disangka-sangka. Saya anggap ia sebagai rezeki dan hadiah buat kami berdua.

"Lagu ini memang dianggap seperti lagu tema perkahwinan, tetapi malam ini ia menambah lagi kenangan manis dalam karier nyanyian kami kerana telah menerima pengiktirafan anugerah muzik," kata Syamel.



Selain kategori Lagu Terbaik, lagu ciptaan bersama Syamel, Ernie Zakri, Faizal Tahir dan Mike Chan itu membawa pulang trofi Lagu Pop Terbaik.

Kemenangan itu turut disertakan dengan Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebanyak RM50,000.

Selain Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik, Ernie turut membawa pulang trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Sinar Mata Hati.


Mengulas kemenangan itu, Ernie berkata, ia adalah saat yang dinanti-nanti sepanjang bergelar penyanyi.

"AIM memang anugerah yang saya tunggu-tunggu selama ini, apatah lagi Syamel pernah memenanginya tetapi saya belum pernah.

"Apabila nama dicalonkan saya orang paling gembira sebab sekurang-kurangnya kerja keras selama ini mendapat pengiktirafan dan kemenangan ini akan membuatkan saya lebih bersemangat," katanya.


Untuk rekod, pasangan selebriti ini bernikah pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan seorang bayi perempuan bernama Nur Khawla Soleha. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 13-9-2022 10:41 AM
rezki sungguh couple ni, sib baik percalonan lagu mereka taon lps dia org mmg ada buat lagu, or else mmg tengelam timbul juga, tahniah to both!
Quote akuHavocczz 13-9-2022 10:52 AM
Rezeki anak
Quote orkid_amani 13-9-2022 07:08 PM
Ooh baru tau kalau retis pakai shawl diaorang xdaknya belit2 mcm kita pakai..terus potong ikut size..patut terletak elok
Quote markonahlah 13-9-2022 07:23 PM
Ernie ni lambat popular, tak sia2 hard work dia paid off
Quote elnor_81 14-9-2022 12:06 AM
lasagna replied at 13-9-2022 10:41 AM
rezki sungguh couple ni, sib baik percalonan lagu mereka taon lps dia org mmg ada buat lagu, or else ...

Tapi kan..pelik lagu ni x msuk AJL kan...
Quote anony-mous 14-9-2022 12:10 AM
Ernie ni classy kan perangai dia? Makin cute lepas kahwin. Xpernah bising apa2 or kontroversi murahan. Nk beza dgn ena bedul mmg jauh la dia lg better dari segala segi
Quote Redmyvi 14-9-2022 07:32 AM
Ernie walau pun dtg dri family artis yg agak well known.. dia agak humble laa.. nmpak la kerja keras..
Quote cicicumel 14-9-2022 08:19 AM
Suara ernie ni makin lama makin mirip ZZ.

Btw i x pernah dgr lagu sinar mata hati tu. Padahal she ada lagu lain yg lebih popular
Quote lasagna 14-9-2022 08:22 AM
elnor_81 replied at 14-9-2022 12:06 AM
Tapi kan..pelik lagu ni x msuk AJL kan...

oohh ye ke? idok laa prasan sgt aritu.. xpe laa byk lg prtandingan muzik kat msia ni, rezki tu tak salah alamat kan.
Quote September14 14-9-2022 08:32 AM
Tahniah.. lurve ernie. Hope lgu dia dgn hafiz masuk AJL.
Quote cikperiukkera 14-9-2022 08:32 AM
anony-mous replied at 14-9-2022 12:10 AM
Ernie ni classy kan perangai dia? Makin cute lepas kahwin. Xpernah bising apa2 or kontroversi muraha ...

Yerr chuolsss…tp sekarang je mcm Likeable..dulu mcm perasan bagus sbb kalau menyanyi sgt teknikal & pnh merentan siap tanya juri nk apa lagi sbb kalah dgn hafiz utk vokal terbaik tp sampai situ jela..now semakin mewangi sheols tambah plak tgh saing2 dgn aina…mengingatkn rivalry antara tokti-lh sarah-kak mitch zaman muda2 dulu..tp semua bagus yachh hope ernie & aina pn kekal lama mcm dorg…al fatihah utk sarah..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.138353 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top