CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kita Berkongsi Planet Ini' - Raja Charles III Terbuka Mengenai Islam

13-9-2022 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2341| Komen: 11

Raja Britain baharu, Raja Charles III sebelum ini pernah beberapa kali menjadi perhatian dunia berhubung kenyataannya mengenai agama Islam, politik dan perubahan iklim.


Menerusi beberapa majlis dan program, Charles pernah secara terbuka menzahirkan pandangan positifnya terhadap agama Islam.

Penulis Robert Jobson melalui bukunya ‘Charles At Seventy: Thoughts, Hopes and Dreams’ memaklumkan, Raja Britain itu cuba memahami agama itu menerusi kitab suci al-Quran, selain sering mengutus surat kepada pemimpin Islam di negara Arab.


Business Insider

Dalam ucapan di Pusat Pengajian Islam Oxford pada 2010, Charles berdasarkan pemahamannya mengenai Islam dan al-Quran, baginda mengaitkan tanggungjawab masyarakat Islam dalam menjaga alam sekitar.


“Sekiranya pemahaman saya mengenai al-Quran adalah betul, umat Islam juga diminta supaya tidak menjejaskan alam sekitar sewenang-wenangnya. Masih ada had yang perlu dipatuhi bagi memastikan kelestarian alam terjaga.

“Kita berkongsi planet ini dengan pelbagai masyarakat lain di seluruh dunia dan menjadi tanggungjawab semua, termasuk umat Islam untuk menjaganya bersama-sama,” katanya.

Semasa mengunjungi Universiti al-Azhar di Kaherah, Mesir pada 2006, Charles turut mengkritik penerbitan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW di Denmark.

Baginda menyifatkan perbuatan itu sebagai mencabuli hak kebebasan agama lain.

“Tanda paling jelas bagi setiap masyarakat yang bertamadun adalah menghormati semua agama serta etnik minoriti.

“Penerbitan karikatur itu jelas menghina agama lain dan ia berpunca daripada kegagalan sesetengah pihak untuk memahami kehidupan masyarakat lain,” tegasnya.

Pada April lalu, ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Ramadan, Charles mengingatkan masyarakat di Britain supaya bersama-sama menghayati semangat bulan suci itu.

Katanya, Ramadan bukan sahaja menjadi bulan untuk melakukan amal jariah, tetapi juga menjadi bulan perpaduan untuk semua lapisan masyarakat.

Selain itu, baginda juga sering mengingatkan Islam tidak perlu dilihat atau dilabel sebagai kumpulan pelampau.

Katanya, tiada agama di dunia ini yang mengajar keburukan, melainkan penganutnya yang tidak memahami atau menerima ajaran dengan hati terbuka.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 13-9-2022 02:53 PM
Dah ko menketedarah hasil bumi org Islam . org islam menketedarah pokok pulak
Quote hyie 13-9-2022 02:58 PM
never yach nak percaya apa2 statement positif berkaitan Islam yang keluar dari mulut heshe dan kerabat heshe...FOREVER! girtuh
Quote Skuau 13-9-2022 03:06 PM
cause we are live under the same sun
we all walk under the same moon
then why,why can't we live as one
                        

Quote bottombikini 13-9-2022 03:48 PM
baca skrip kettewwww ...
Quote MsAzr 13-9-2022 04:11 PM
tak lama dah pun dia ni, tgk jari jari dia pon sembab je...dengar cerita dia punya kesihatan pun agak kritikal
Quote sharlenetexas 13-9-2022 04:12 PM
Sape tulis skrip?


Quote sharlenetexas 13-9-2022 04:13 PM
MsAzr replied at 13-9-2022 04:11 PM
tak lama dah pun dia ni, tgk jari jari dia pon sembab je...dengar cerita dia punya kesihatan pun aga ...

Sakit apa? Darah tinggi? Ulser perut?


Quote MsAzr 13-9-2022 04:16 PM
sharlenetexas replied at 13-9-2022 04:13 PM
Sakit apa? Darah tinggi? Ulser perut?

iols tak baca detail, baca headlines saja
katanya sausage fingers due to a critical illness...
Quote Highflyer19 14-9-2022 11:01 AM
Jgn ckp lain buat lain…
Quote kakikuDibibirmu 14-9-2022 11:12 AM
MsAzr replied at 13-9-2022 04:16 PM
iols tak baca detail, baca headlines saja
katanya sausage fingers due to a critical illness...  ...

Sausage fingers ni selalunya Everything Everywhere All At Once!
Quote _blackbird 14-9-2022 11:37 AM
to discriminate only generates hate.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.053112 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top