CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Punggung Ditikam Sebab Gelar Adik Penganggur

13-9-2022 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 719| Komen: 2

Lelaki nekad menikam abang kandung gara-gara digelar penganggur dalam kejadian di Kampung Mataram Baru, Lampung Timur di Sumatera pada Sabtu.

Akibat kejadian, mangsa mengalami kesan tikaman sedalam 1.5 sentimeter di punggungnya.

Ketua Polis Daerah Mataram Baru, Inspektor Pertama Rudy Apriyanto pada Isnin berkata, suspek berusia 35 tahun merupakan adik mangsa.


Suspek (dua, kiri) ditahan kerana menikam abang kandung. foto Dok. Polsek Mataram Baru

Jelasnya, insiden bermula apabila mangsa menasihati adiknya supaya mencari kerja dan tidak hanya tinggal di rumah.


Suspek dikatakan tersinggung dengan nasihat abangnya yang menggelarkan dirinya sebagai penganggur.

Susulan itu, suspek yang berang memukul dan mencekik mangsa sebelum pergaduhan itu dileraikan oleh isteri mangsa.

"Tiba-tiba suspek mengambil pisau dan menyerang isteri mangsa yang campur tangan, namun mangsa sempat menghalangnya.

"Mangsa yang cuba membantu isterinya terkena pisau suspek di bahagian punggung.

"Kesan tikaman sedalam 1.5 sentimeter di bahagian punggung kiri," kata Rudy sambil menambah suspek kemudian melarikan diri, manakala mangsa segera membuat laporan polis.

Menurut Rudy, suspek ditahan di rumah salah seorang saudaranya pada hari yang sama.

Polis turut merampas bukti sebilah pisau yang digunakan suspek untuk menikam mangsa. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tri-max 13-9-2022 09:17 AM
cop biawak pon nak terasa, ntah2 mat pet
untungla boleh makan free dlm penjara
Quote Rockafella 13-9-2022 10:11 AM
Abangnya mana la tahan nak menanggung biawak hidup. Dah 35 umurnya pun, kerja la.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.027718 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top