CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gambar Elon Musk Bercinta Di Kolej Dilelong Bekas Kekasih

13-9-2022 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2542| Komen: 14

Bekas teman wanita Elon Musk kini melelong cache gambar dan memorabilia daripada hubungannya dengan lelaki terkaya di dunia itu, lapor stesen penyiaran CNN semalam.


Teman wanita Musk dari zaman kolej, Jennifer Gwynne menjual cenderahati itu melalui firma lelongan RR Auction yang berpangkalan di Boston, Massachusetts.


RR Auction

Gwynne dan Musk mula bercinta pada 1994 ketika mereka berdua bekerja sebagai penasihat pemastautin di asrama universiti, demikian menurut  siaran berita RR Auction.


Selepas menamatkan pengajian dari University of Pennsylvania, Musk memulakan program kedoktoran di Stanford, tetapi berhenti untuk melancarkan syarikat pertamanya, Zip2.

Lelongan itu termasuk 18 gambar usahawan itu ketika menjadi pelajar ekonomi di Universiti Pennsylvania serta beberapa memorabilia Musk dan Gwynne ketika bersama.

Foto tersebut memaparkan Musk menjadi seorang pelajar kolej sebelum kejayaannya, dengan bermain di bilik asrama, melepak dengan rakan penasihat pemastautinnya dan berpelukan dengan teman wanita.


RR Auction

Item dengan bidaan tertinggi adalah kad hari lahir yang ditandatangani, diikuti seutas rantai yang dihadiahkan kepada Gwynne pada hari lahirnya.

“Selamat Hari Lahir Jennifer (aka Boo-Boo), Love, Elon,” demikian ayat pada kad itu.

Kad itu dijangka dijual dengan harga lebih daripada AS$10,000 (RM45,030), demikia menurut RR Auction.

Peminat boleh membuat tawaran harga pada setiap item memorabilia Musk sehingga Rabu akan datang apabila lelongan ditutup.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 13-9-2022 09:12 AM
Hensem jgk heols zmn muda2
Quote nurul_akmar 13-9-2022 10:27 AM
sesape yg nk buat memoir elon musk ni, boleh la bid.. ada bahan nk letak..
Quote Thunderclouds 13-9-2022 10:42 AM
Edited by Thunderclouds at 13-9-2022 10:48 AM

Musti ex nya tgh sengkek le nih

…........
Tgerak nk tgk kt LinkedIn kata nya dia analyst. Further reading jual sbb nk bayaq tuition fee stepson dia. Kira sengkek jgk la tu
Quote bakingsoda 13-9-2022 11:55 AM
dr jual, cuba gi goda balik elon. dia single kan skrg
Quote Artemesiaa 13-9-2022 11:58 AM
Figure tengah menonjol sekarang sebab tu baru sekarang dia jual gambarnya baru boleh buat duit
Quote Supersirap 13-9-2022 12:37 PM
Ada collector yang berminat ke?
Quote bulalof 13-9-2022 12:55 PM
sampah..........
Quote damsel_fiji 13-9-2022 01:12 PM
mesti ko menyesal tak sudah kan kak kerna meninggalkan Mas Elon suatu masa dulu..klu x jdi bini trilionnair dah ko
Quote dua_chzy 13-9-2022 01:39 PM
Nampak pure dan suci Elon.
Quote Mooverine 13-9-2022 03:45 PM
HUGH GRANT
Quote shernazz 13-9-2022 03:47 PM
Masa tengok kat iron man tu pung suci dan helok gitchuuu...
Bila dalam.big bang theory plak..nampak tak.hensem.plak
Quote Scheherazade 13-9-2022 05:08 PM
laku jgk eh gmbr2 dia ni
Quote sarahmirza 13-9-2022 07:50 PM
Thunderclouds replied at 13-9-2022 10:42 AM
Musti ex nya tgh sengkek le nih

…........

Kenapa nak simpan? Baik lelong dapat duit...
Dia peduli apa orang nak mengata dia sengkek...
Hujung2 yang mengata tu jugak yang lago sengkek
Quote Suchi 13-9-2022 08:40 PM
bakingsoda replied at 13-9-2022 11:55 AM
dr jual, cuba gi goda balik elon. dia single kan skrg

Elon nak ke juga kat dia balik? Org tu dh kaya raya baik dia beli je mana2 retis yg lebih cun melecun muda bergetah.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.067140 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top