CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kemenangan Yonnyboii Di AIM23 Dipertikai, Ketua Juri Beri Penjelasan

13-9-2022 10:33 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3329| Komen: 25|Original author: Tatod

Sumber BH Online


Walaupun Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) sudah pun melabuhkan tirai pada malam Ahad lalu, namun sehingga ke hari ini masih ada rasa tidak puas hati dalam kalangan segelintir netizen yang mempertikaikan kemenangan sesetengah penyanyi.

Dan, Yonnyboii tidak terlepas daripada menjadi perbahasan warga maya apabila dia memenangi kategori Album Terbaik walaupun tidak dinobatkan sebagai pemenang dalam mana-mana kategori utama yang dipertandingkan pada acara tersebut.

Ramai yang tertanya-tanya kriteria pengadilan pada kali ini kerana kebiasaannya dalam penganjuran AIM sebelum ini, produk yang dihasilkan dipilih mengungguli kategori utama seperti Rakaman Album Terbaik, Lagu Terbaik atau Persembahan Terbaik Di Dalam Lagu.

Datuk Mokhzani Ismail

Memetik laporan BH Online, Ketua Juri, Datuk Mokhzani Ismail menjelaskan penilaian dibuat lebih kepada aspek penciptaan lagu, bukannya dari segi teknikal seperti yang dilakukan sebelum ini.

"Bagi saya, pemenang Album Terbaik masih dinilai dari aspek mutu dan kualiti. Tetapi, tumpuan lebih kepada penciptaan lagu.

"Sudah tentu aspek teknikal seperti susunan lagu dan rakaman turut dinilai. Tetapi, ini tidak memberi peratusan besar dalam pemarkahan.

"Kategori Album Terbaik perlu ada kekuatan semua segi," katanya.


Katanya lagi, walaupun album Yonny tidak memenangi kategori utama lain tetapi juri sependapat bahawa produk tersebut layak menang kategori Album Terbaik.

Selepas pihak juri memperhalusi penilaian mereka, album Yonny membawa konsep baharu, termasuk memiliki kualiti dari segi penghasilan lagu serta nyanyian.

Biarpun memiliki kualiti ditetapkan, album Yonny turut berdepan saingan sengit empat finalis.


"Untuk kategori ini, kita ada 40 album dinilai dan hanya lima produk terbaik dipilih. Penjurian untuk kategori ini sahaja mengambil masa empat hari.

"Tidak dinafikan, persaingan untuk kategori ini cukup sengit dan disebabkan itu, Yonnyboii menang tipis," katanya.

Terdahulu, empat finalis yang bersaing dalam kategori Album Terbaik adalah Di Persiaran cakrawala dihasilkan Ramayan, Tuju Untuk Kamu 18/19 (Tuju), Second Voyage (Sekumpulan Orang Gila) dan Sesudah Melakar Langit (A Limin). -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 13-9-2022 03:53 PM
OK.....   
Quote ashilalat 13-9-2022 05:00 PM
Edited by ashilalat at 13-9-2022 05:02 PM

Yg komplen kemenangan Yoniboi ni x lain x bukan lah, acik kepam forum cari karatz dayang ketiak hitam

Selalu sitijonah yg x puas ati x puas ati, tapi siti x de dlm top 5, syukur.

Quote ..maksu 13-9-2022 05:03 PM
netizen pun tak payah pertikai la.... masa pkp mana ada org hasilkan album yang pemes pun.... masa tu artis ramai yg nak isolasi takut mati kobid..... yang ni je lah pun yang hado kat radio jadilah..... netizen kena lah ready yang malaysia ni memang nak hasilkan penyanyi yang tak berkualiti. yang berkualiti kita tak nak dh boring.
Quote beta_carotene 13-9-2022 05:05 PM
ashilalat replied at 13-9-2022 04:00 PM
Yg komplen kemenangan Yoniboi ni x lain x bukan lah, acik kepam forum cari karatz dayang ketiak hita ...

kenapa fitnah ckp dayang ketiak hitam.. xbaik tau
Quote September14 13-9-2022 05:06 PM
Okla tu jonnyboi… xkn asyik siti je mnng aku pun meluat
Quote Lavender_Violet 13-9-2022 05:10 PM
Tak kisah dia menang atau kalah tapi tetap lah x berkenan tngok dia
Quote danieladam 13-9-2022 05:10 PM
September14 replied at 13-9-2022 05:06 PM
Okla tu jonnyboi… xkn asyik siti je mnng aku pun meluat

Pandai je chuols pitnah zoners dan Tok Ti. Tok Ti layak pon tidak AIM kali ni.

Cube pegi benang dayang..karatz dayang yg tak puas hati Belagu karya teragung tercalon banyak kategori teknikal tapi x tersenarai calon album og the year

Bukan chuols salah sorang karatz dayang ke yg mempertikai? Tok ti plak kena pitenah
Quote ashilalat 13-9-2022 05:11 PM
beta_carotene replied at 13-9-2022 05:05 PM
kenapa fitnah ckp dayang ketiak hitam.. xbaik tau

Dah tu, warna pelangi ke ketiak dayang?
Quote ctnorenjoy 13-9-2022 05:18 PM
Ok je pun yonnyboi tu menang, dia nyanyi mcm berckap pun, lirik & lagu dia best kot. Komen2 yg kt fb tu jgn dilayan, smua xkena, smua nak hentam
Quote Tunan 13-9-2022 07:45 PM
Dgr dlm radio td. Modal buat album dia ni mahal ..
Pastu manager dia skrg anak Tokram
Quote amon_79 14-9-2022 08:22 AM
pada iols ok jerr lagu2 dia...ada seni dan  maksud yang mendalam..lullaby dia  sedap ..antara lagu emo rap dan hip hop yang iols bpleh masuk... coming 20 years iols rasa kalo dia disiplin menghasilkan karya-karya bermutu boleh setanding legen Malique 2phatt
Quote Nenolen 14-9-2022 08:40 AM
acik happy akhirnya yonny menang…acik suka lagu-lagu yonny…ada jiwa…
Quote akuHavocczz 14-9-2022 08:52 AM
Kalau bukan dia nak siapa je menang? Memang tu je yang tepaling baik antara yang terhauk.
Quote mrsamz 14-9-2022 09:00 AM
Awak terlalu kampung baru utk saya..haa gituu bila aku terpandang muka dak yonni ni
Quote bulalof 14-9-2022 09:08 AM
have a listen first then you will discover the difference about the album. try to judge when you have been part of it by listening to it first.
Quote myakayina 14-9-2022 10:21 AM
ok la dia menang ..at least bervariasi sikit sejarah pemenang AIM.. ni balik2 muka tu je..
Quote wordlife 14-9-2022 11:12 AM
Dengar la dulu album dia, lepas tu baru la komen layak ke tak. Dasar penetik betul
Quote lyshafull 14-9-2022 11:20 AM
Okay la tu lain dri yg lain x kan asyik2 lagu balada je nk menang buhsann
Quote stania83 14-9-2022 11:20 AM
yonnyboi punya lagu mmg superb, ramai foreigner komen kat youtube dia..katanya menusuk jiwa walaupun tak faham..acik kepam nak lagu tarik jerit lagu sendu utk menang album terbaik.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.040220 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top