Lelaki parah ditikam individu tidak dikenali kerana bising pada waktu malam di kawasan pantai di Thailand. Menurut laporan Thaiger, mangsa dikenali sebagai Narintorn sedang bersantai di tepi pantai bersama rakan-rakannya sebelum seorang lelaki keluar dari khemah lalu menyuruhnya untuk bercakap dengan lebih perlahan.
Narintorn yang bagaimanapun berang ditegur, meminta lelaki berkenaan untuk tidak masuk campur dalam urusannya. Tidak lama selepas itu, individu terbabit mengeluarkan pisau lalu menikam mangsa pada bahagian dada sebelum melarikan diri.
Pasukan keselamatan dan paramedik bergegaskan ke lokasi kejadian dan menemui Narintorn dalam keadaan berlumurah darah sebelum dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan. Difahamkan, kes masih dalam siasatan dan polis sedang mengesan keberadaan suspek ketika ini. Kejadian berkenaan bukan kali pertama berlaku melibatkan pergaduhan disebabkan bunyi bising di Thailand. Malah, pada Julai lalu, seorang lelaki didakwa menembak mati anak tirinya hanya kerana memasang muzik terlalu kuat. Sumber: OHBulan
|
ADVERTISEMENT