CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pawang Hujan Dikecam Hina Agama, Panggil Tuhan Ibu Bapa

13-9-2022 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1815| Komen: 12

Pawang hujang bernama Rara yang pernah menjadi viral selepas melakukan ritual ‘menolak’ hujan di perlumbaan MotoGP Mandalika 2022, kembali menjadi buah mulut netizen.


Kali ini, Rara membuat banyak netizen beragama Islam marah dan kurang senang apabila dia memberi perumpamaan Tuhan sebagai bokap nyokap (ibu dan bapa).


Foto: Motoqar

Video diri pemilik nama sebenar Raden Rara Istiati Wulandari itu melakukan satu ritual dan memanggil Tuhan sebagai ibu bapa disiarkan oleh akaun Instagram @umatrasulullah.aswaja, lapor Insertlive.

Dalam video tersebut, Rara terlihat mengenakan pakaian serba merah untuk melakukan ritualnya.


Dia mengatakan kalau dirinya sedang berbicara dengan Tuhan seolah seperti berbicara dengan orang tua.

"Jadi sebelum matahari terbit, itu kita harus keluar atau bercakap. Seperti saya bercakap dengan Tuhan, macam sosok ibu dan bapa,” kata Rara.

Rara juga kemudian menyebut Tuhan sebagai ibu bapa.

"Bokap nyokap hari ini Rara ingin cuaca cerah di Batubara," katanya.

Melihat kelakuan tersebut, ada netizen yang menyifatkan pawang hujan itu sebagai menghina agama.

Malah seorang netizen meninggalkan komen yang berbunyi: “Orang orang yang percaya orang seperti ini, cuma orang orang yang sama-sama gila nya.”


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 13-9-2022 09:00 AM
Pernah la jugak dengar benda gini, nak buat perasmian, buat benda gini sbb tak nak rugi majlis kalau tetiba hujan. Apa hukum benda gini?
Quote Themilo 13-9-2022 10:26 AM
esbok replied at 13-9-2022 01:00 AM
Pernah la jugak dengar benda gini, nak buat perasmian, buat benda gini sbb tak nak rugi majlis kalau ...

eh sis, nak tanya jugak ke? dah terang-terang gituuuuhhhhh
Quote mdhelmi 13-9-2022 10:27 AM
biarkan dia terjun bersama labu2nya
Quote esbok 13-9-2022 10:44 AM
Themilo replied at 13-9-2022 10:26 AM
eh sis, nak tanya jugak ke? dah terang-terang gituuuuhhhhh

Sbb daku tak tau yang kejadian daku tahu tu,  orang tu panggil pawang cenggini ke tak. Soalan daku agak universal tidak tertakluk pada pawang cenggini.
Adakah benda mcm ni wujud dalam bentuk lain?

Dalam islam, kalau nak doa mintak hujan , ada solat sunat istisqa

Lepas tahu ada orang buat tolak2 hujan ni walau tak tahu dalam bentuk apa, daku terpikir terus, apakah majlis2 mcm sambut merdika pun ada amalan gini? Ni soalan bukan tuduhan.
Quote Body_language 13-9-2022 01:51 PM
esbok replied at 13-9-2022 10:44 AM
Sbb daku tak tau yang kejadian daku tahu tu,  orang tu panggil pawang cenggini ke tak. Soalan daku ...

Doa nk tolak hujan ada je dalam islam. tp doa je la. aku lupe dah ayat surah mane.

Tp orang2 tua dulu sambil doa, diorg mintak pokok2 untuk berdoa sekali. Dan biasanya mmg tak hujan. Syirik ke? tp kata ustaz tumbuh tumbuhan mmg selalu berdoa kpd Allah. mungkin doa manuasia + pokok2 di makbulkan Allah

Quote Chah21 13-9-2022 03:01 PM
Ye syirik.. i taw jgk sbb org kg i ramai masih buat mcm2 yg bercanggah dgn agama.. termasuk mintak jodoh kt haiwan2 yg ada di pokok2 di kg
Quote Decaffeinated 13-9-2022 03:49 PM
ada melayu minta nombor dgn babi hutan kat taman TAR ampang

serumpun katanya

Quote b_n_c 13-9-2022 11:58 PM
Body_language replied at 13-9-2022 01:51 PM
Doa nk tolak hujan ada je dalam islam. tp doa je la. aku lupe dah ayat surah mane.

Tp orang2 tua  ...

kan, kebyakan mmg x ujan,

skrg baru perasan event besar mcm jarang hujan even time tu 2,3 hari sblm tu direct hujan turun.
Quote pocongkiutss 14-9-2022 02:20 AM
Chah21 replied at 13-9-2022 03:01 PM
Ye syirik.. i taw jgk sbb org kg i ramai masih buat mcm2 yg bercanggah dgn agama.. termasuk mintak j ...

Negeri mana kg uols ni..dh mcm yg kt iium confession tu pulak
Quote sangbara2020 14-9-2022 09:12 AM
ce buat masa musim tengkujuh
Quote Chah21 14-9-2022 11:21 AM
pocongkiutss replied at 14-9-2022 02:20 AM
Negeri mana kg uols ni..dh mcm yg kt iium confession tu pulak

Yg ada raja ???????????? kt iium tu secara terang2 kn. Ni x brapa terang

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.225984 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top