CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Digilis Kereta Api Hanya Kerana Botol Air Terjatuh

13-9-2022 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1035| Komen: 2

Seorang wanita di Uttar Predesh, India, sanggup ‘menggadaikan’ nyawa sebanyak dua kali apabila berpatah balik untuk mengambil botol minuman selepas melintas landasan kereta api ketika tren meluncur laju ke arahnya, lapor akhbar Ths Sun, kelmarin.


Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di stesen kereta api Shikohabad pada Jumaat lalu, lapor laman berita NDTV.


Foto: India Today

Berdasarkan video dikongsikan, wanita berpakaian berwarna kuning itu melintas landasan kereta api antara dua platform di stesen tersebut sedangkan jejantas disediakan hanya beberapa meter dari lokasinya.

Selepas menyedari kereta api sedang meluncur laju ke arahnya, wanita berkenaan bergegas cuba memanjat bahagian tepi platform sebelum dia ditarik seorang pekerja stesen bernama Ram Swaroop Meena.

Bagaimanapun, wanita tersebut kemudian berpatah balik ke bahagian tepi platform untuk mengambil botol minumannya yang terjatuh, hanya beberapa saat sebelum sebuah lagi kereta api meluncur laju di hadapannya.

Ketika tren melintas di hadapannya, wanita tersebut dilihat berjalan secara santai, seolah-olah tiada apa-apa perkara yang berlaku.



Menurut laporan, anggota polis memanggil wanita berkenaan dan dua kakitangan stesen untuk menyoal siasat mengenai kejadian tersebut, namun dia terus berjalan dan berlalu dari situ. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 13-9-2022 08:57 AM
Ayat tajuk tu aku igt botolnye jatuh ke atas landasan sbb katenye rela digilis.
Quote sangbara2020 13-9-2022 09:59 AM
dh kena gilis ke belom

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.028153 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top