Iqram Dinzly telah bersuara bahawa dia begitu pantang apabila mendengar orang yang merasa sudah sempurna solat layak menghukum orang lain.
“Tapi saya dengar orang yang rasa macam solat cukup ni, hukum orang. Saya cukup pantang. Dan orang freehair ni apa, kau tak yah cakap 'dosa masing-masing' Tak payah." Iqram mengatakan bahawa dia sangat pantang apabila orang yang merasa dirinya solat cukup itu, menghukum orang lain. Dia juga sempat memberi pesanan kepada orang yang membuat kesalahan seperti freehair atau tidak menutup aurat lebih baik terima teguran itu dan jangan sesekali berkata “dosa masing-masing”.
“saya pun ada kekhilafan, cuma tutuplah aib itu sebaik mungkin” Katanya lagi, dia bukanlah seorang manusia yang baik dan baginya, dia juga mempunyai kesilapan dan semua orang mempunyai kesilapan di dunia ini. Namun, pesannya kepada semua, tutuplah aib tersebut sebaik mungkin.-CARI Sumber: Murai.my |
ADVERTISEMENT