CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas PA Khairul Aming Minta Maaf Cakap Kasar Dan Biadab, Nak Masuk Kelas Komunikasi

12-9-2022 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4192| Komen: 25

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang PA Khairul Aming  atau nama sebenar Ahmad Fadhilat Fitri Bin Ismail atas kelakuan yang tidak sopan. Kini, dia tampil memberi permohonan maaf secara terbuka di laman sosial instagramnya.


"Saya memohon maaf atas kesilapan sy pada tempoh hari. Dengan rendah hatinya sy meminta ribuan kemaafan kpd mereka yg telah pernah berkerjasama dengan saya secara terus / tidak terus.

"Saya akui saya mempunyai kelemahan dalam menghadapi situasi dalam tekanan."

Khairul Amin

Menerusi laman media sosial Fitri, dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai isunya yang menjadi pembantu peribadi kepada Khairul Aming. Dia mengakui bahawa apa yang dilakukan olehnya adalah salah. Dia juga mengatakan bahawa dia juga mempunyai kelemahan dalam menghadapi situasi tertekan ini.


"Buat masa ini, saya akan cuba membuat perubahan untuk masa akan datang. Banyak hikmah dan pengajaran yang telah saya dapat sepanjang penularan isu ini.

"Banyak pengajaran yang telah sy belajar sewaktu penularan isu ini."



Fitri mengatakan bahawa dia akan cuba untuk membuat perubahan untuk masa akan datang . Dia juga mengakui bahawa banyak hikmah dan pengajaran buatnya sepanjang isu ini.

"Untuk pengetahuan semua, saya secara rasminya sudah dah xde kaitan kerja dgn KA selepas insiden penularan ini berlaku.

"Dia (KA) juga sdg mencari pengganti yg baru untuk handle semua kerja dia. Jd semua socmed sy ni hanya utk personal sy shj dan xde kaitan dh dgn career dia "

Berdasarkan apa yang ditulisnya, dia secara rasminya sudah tidak ada kaitan apa-apa lagi dengan Khairul Aming selepas apa yang berlaku sebelum ini. Dia juga mengatakan bahawa Khairul kini sedang mencari pengganti yang baharu untuk menguruskan semua kerjanya.

 Semua media sosial miliknya hanyalah untuk kegunaan peribadi dan tidak ada kaitan dengan kerjaya Khairul.

Semoga semua akan dapat diselesaikan dengan cara baik. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanearisu 12-9-2022 08:16 PM
Clearance ❌
Clarification ✅

Gunakan 'penjelasan' bukankah lebih mudah. Alang-alang menulis dalam bahasa ibunda.
Quote MelahJanda 12-9-2022 08:36 PM
Diorg ni mmg tak reti buat kenyataan kan. Bunyi bangang belaka.
Quote missyL 12-9-2022 09:45 PM
Ok la mitak maaf
Walao xthu jauh mane ikhlas tu hahahahaha

Tp cpt btol die buat keje delete socmed die lepas kejadian tu hahaha
Nmpk sgt berdosaaa
Quote putericahaya999 12-9-2022 09:47 PM
Mintak maaf la secara personal
Quote pooh~key 12-9-2022 09:51 PM
Kau kerja jadi cleaner dek. Agak2 ada yang lalu time kau tengah mop tu, boleh kau maki theols on the spot sister. Maklumlah tekanannnnnn sangat kan sis?
Quote jijahmomon 12-9-2022 10:08 PM
kaum jantan2 patah tangan mmg kuat sentap dan mulut semua jenis puaka
Quote ~boolean 12-9-2022 10:11 PM
helok lah masuk kelas komunikasi..tulis 'clearance' maaf ni pun caca marba..

kejap sy kejap saya
kejap bm kejap bi..
Quote trexxxxxi 12-9-2022 10:13 PM
Saya ingin membuat clearance


masuk kelas grammar jugak dik
Quote exclusive_vvip 12-9-2022 10:14 PM
takde makna la “kelemahan dlm menghadapi situasi tekanan”..sememangnya ko mmg berlagak n bongkak (kalu tgk pd komen2 & bukti2 screenshot yg org dok tunjuk tu)..
Quote surih07 12-9-2022 10:17 PM
Ok la tu dah clearance
Pg kelas tau lat
Jgn ponteng
Quote hyie 12-9-2022 10:18 PM
penggunaan bahasa pon level2 bbnu rempit segala. Gunalah ejaan penuh dan BM penuh, lebih jelas dan sedap dibaca. Bukannya tak boleh karang dulu kat fon atau tab, pastu copy paste je lah. Selayaknyalah heshe dihencap ummah.
Quote Adrif 12-9-2022 10:20 PM
MelahJanda replied at 12-9-2022 08:36 PM
Diorg ni mmg tak reti buat kenyataan kan. Bunyi bangang belaka.

sis saya tergelak sis

PA/ PR gini aku pun gayat nak lepas dia handle sorang

tapi takpela, harap dia berubah ke arah yang lebih baik

tapi serius cakap, aku takut tengok PA/ PR level gini  
Quote bakingsoda 12-9-2022 10:53 PM
aku bc kat fb dia ni penternak kucing jugak??! patut la perangai cam haram, banyak sangat makan hasil mendera kucing
Quote bunnyj3lly 12-9-2022 10:54 PM
awanearisu replied at 12-9-2022 08:16 PM
Clearance ❌
Clarification ✅


Hahaha. Baru nak cakap. Kau buat clearance sales ke dik.
Quote shernazz 12-9-2022 11:33 PM
Buat clearance stock okay juga..
Clear terus kau skali..bodoh sungguh...
Quote Potpouri 12-9-2022 11:40 PM
Okay lah dah minta maaf. Aku maafkan. Walaupun takda kena mengena dalam kes ini
Quote fefeeling 13-9-2022 12:15 AM
Tekanan mende? Kau pun reply wasap org pakai ‘auto reply’.. tekanan la sgt mohon lenyap masuk gua bertapa apa yg patut..
Quote cikatilia 13-9-2022 09:48 AM
benda basic ni xyah gi sekolah

ko masuk kelas komunikasi tu utk jadi profesional tp kalau dah nama nya rude
mmg payah nak ubah

poyo
Quote renko 13-9-2022 10:15 AM
clearance acik kau
hahaha

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.047681 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top