CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tahniah Anak Ayah,"-Hattan Bangga Anak Menang Anugerah Album Terbaik AIM23

12-9-2022 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3805| Komen: 9

Bak kata pepatah, ‘ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi’. Jika sebelum ini kita lihat Datuk Hattan berada di pentas menerima anugerah, kini giliran anak lelakinya pula Adam Eiman memegang trofi di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23).


Mungkin ramai yang tak tahu, Adam merupakan seorang  komposer dan penulis lirik yang terlibat dalam album Yonnyboii berjudul Deluxe Version. Mereka menerima anugerah Album Terbaik AIM23 pada acara yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.



Menerusi Instagram Stories Hattan, dia berkongsi foto Adam berada di atas pentas AIM sambil memegang trofi. Kemudian dia mengucapkan tahniah kepada Adam dan meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan anaknya.


“Tahniah Anak ayah, Adam Eiman dan rakan-rakan..”- tulis Hattan dengan menyertakan hashtag meluahkan rasa bangga.




Di atas kemenangan itu, mereka membawa pulang Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik berjumlah RM200,000 daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebagai insentif dan galakan kepada penggiat industri kreatif.



Sekadar info Adam atau nama sebenarnya Adam Eiman Mohd Shukri merupakan anak tunggal Hattan dan isterinya, Datin Arianie Mohd Abidin. Tahniah Adam, semoga terus sukses dalam industri muzik tanahair. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 12-9-2022 09:45 PM
Lawa nye bini die
Quote Mulotkoyak 12-9-2022 10:58 PM
Just curious layak x anak dia tuh mng? Knape x komplen? Mesti sbb ank kn… Haha
Quote fadz84 12-9-2022 11:09 PM
Hattan pernah mng AIM ke?
Quote fadz84 12-9-2022 11:10 PM
missyL replied at 12-9-2022 09:45 PM
Lawa nye bini die

Ex crew MAS.. batch yg lama2 dulu nmpk elegant..
Quote dua_chzy 12-9-2022 11:11 PM
Makin cantik iya wife Hattan. Tak sia2 rujuk balik.
Quote dua_chzy 12-9-2022 11:11 PM
fadz84 replied at 12-9-2022 03:10 PM
Ex crew MAS.. batch yg lama2 dulu nmpk elegant..

Rupanya. Iya betul. Sangat elegant mampu buat kita terkesima bila pandang. Sekarang, emmmmmmhhhhhhhhhh
Quote Olumis 12-9-2022 11:17 PM
Ooo... baru tahu pla
Quote seripahzeripah 13-9-2022 12:25 PM
kann..nmpk wangi je..
Quote bulalof 13-9-2022 12:44 PM
kurus dah anak dia ni.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.208299 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top