Fauzi Nawawi kembali merakam memori indah bersempena dengan ulang tahun ke-15 perkahiwnannya bersama aktres, Lisdawati.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Fauzi membuat coretan indah sambil menyifatkan kebahagiaan perkahwinan yang dibina tidak perlu terlalu dikongsi. “09-09-2007. Tarikh Aku terima nikah. Semalam masuk tahun ke-15 kami bersama dalam macam- macam situasi suka duka dan bahagia. “Kebahagiaan tak perlu dikongsikan kerana tak semua orang suka kita bahagia. Derita dan kesusahan tak perlu diceritakan kerana akan bertambah ah penderitaan.
“Di zaman ini tak perlu kita beritahu apa yang kita ada dan apa yang kita Miliki,” tulisnya.
|
ADVERTISEMENT