CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak Bapa Kahwin Di Thailand, Bercerai, Tak Daftar Kelahiran Bayi- Anak Umur 16 Tahun Hidup Macam Pelarian

12-9-2022 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4925| Komen: 78

Kota Bharu: Seorang remaja lelaki hidup bagaikan pelarian kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri sejak 16 tahun lalu.

Mohamad Haffiq Hariry Shah Md Herman Shah, 16, berdepan masalah itu selepas ibu dan bapanya bercerai dan tidak mendaftarkan kelahirannya sejak dia masih bayi.

Dia sebelum ini menetap bersama ibu dan neneknya di Felda Bukit Kajang, Pahang dan hanya sempat bersekolah sehingga darjah lima.


Foto: Harian metro

Mohamad Haffiq berkata, ibunya pernah cuba untuk membuat pendaftaran sijil kelahiran dan kad pengenalan untuknya namun gagal kerana tiada dokumen yang diperlukan iaitu sijil nikah kedua orang tuanya.


"Saya difahamkan ibu dan ayah berkahwin di Thailand dan tidak mendaftarkan pernikahan mereka di negara ini.

"Tidak lama selepas saya dilahirkan, mereka bercerai manakala ibu membawa saya pulang ke kampung halamannya di Pahang," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, dia baru beberapa bulan menetap bersama nenek sebelah bapanya di Kampung Padang Enggang, di sini, dan bekerja sebagai mekanik bersama bapa saudaranya.

Katanya, dia memerlukan MyKad kerana ia sangat penting untuk semua urusan rasmi dan bukti sebagai warganegara.

Sementara itu, neneknya, Zainab Husin, 62, berkata, dia sudah beberapa kali cuba menyelesaikan masalah cucunya itu namun sehingga kini masih belum menampakkan hasil.

"Semua dokumen berkaitan sudah diberikan ibunya namun yang paling penting adalah sijil nikah kerana mereka berkahwin di Thailand dan tidak didaftarkan di sini.

"Kami juga pernah ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian tempat dia dilahirkan untuk mendapatkan rekod kelahirannya namun dimaklumkan hanya ibu atau bapa saja yang berhak mengambilnya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 12-9-2022 01:33 PM
Korang hencap la. Akak dah tak larat.
Quote Artemesiaa 12-9-2022 01:41 PM
Kes sama terus berulang macam tak ada kesudahan
Quote sharlenetexas 12-9-2022 01:44 PM
dua_chzy replied at 12-9-2022 01:33 PM
Korang hencap la. Akak dah tak larat.

Samalah.


Quote Nnoor2 12-9-2022 01:47 PM
Kesian anak ni
Quote chandrahusin 12-9-2022 01:49 PM
Celaka
Korang besedap2
Anak terabai
Quote Pixie902 12-9-2022 01:53 PM
Kalau bapaknya hidup lagi tulis nama penuh dan heret sama suruh selesaikan dokumen yg diperlukan.  Gatal sgt kahwin pandai, dah ada anak lepas tangan nak buat dokumen anak pun tak reti.
Quote ezacbee 12-9-2022 01:56 PM
Cian budak ni.
Quote Pixie902 12-9-2022 01:56 PM
Yang hairannya boleh pulak sekolah sampai darjah 5 sebelum ni...pakai dokumen apa, sekolah swasta ke...
Quote esbok 12-9-2022 02:10 PM
Pixie902 replied at 12-9-2022 01:56 PM
Yang hairannya boleh pulak sekolah sampai darjah 5 sebelum ni...pakai dokumen apa, sekolah swasta ke ...

Agaknya sekolah terima, sambil2 tu tunggu ic student. Masuk darjah 6, nak UPSR dah kena ada juga segala cert gamaknya, sekolah pun takleh bantu.

Sekadar imaginasi bok
Quote miss_perfect 12-9-2022 02:14 PM
Tak daftarkan tu maksudnya dia takde surat beranak kan? Ni mesti sebab taknak anak tu dianggap anak tak saf taraf. Akibatnya terus takde mykad.

Ada sedara jauh aku lebih kurang macam ni. Kawin lari ke siam tapi tak lama lepas tu diceraikan. Aku tanya dalam surat beranak letak apa? Dia kata mmg takde nama bapak la. Kesian pulak. Tapi at least ada la surat beranak.
Quote lattehazelnut 12-9-2022 02:17 PM
Nak buat mcm mana dik, mak bapak kau yg mmg xkisah..
Quote mily 12-9-2022 02:18 PM
Mesti masa mngandung pun xpernah vuat buku pink..  Sbb msa nk bkk buku anak 1st ..dia minta sijil kawen..  Tipu ni.. Xnak ank malu je tu..tu kata dah nikah.  
Quote ladybugz 12-9-2022 02:18 PM
menda boleh selesai ni cuma org yg patut selesaikan tu malas nk selesaikan. humban la mak pak mcm ni dlm kandang singa boleh tak?
Quote JunkMail 12-9-2022 02:19 PM
Masa kawen reti pulak cari jalan sampai ke Siam perginya. Alih2 daftar anak kat negara negara sendiri terus jadi bodoh. Babi betul mak bapak macam ni.
Quote xtinkerbellx 12-9-2022 02:25 PM
Kesian anak
Quote namieamuro 12-9-2022 02:32 PM
dh 16tahun hidup. dasarrrr mak pak bodoh.
Quote tomiko_haza 12-9-2022 02:51 PM
mily replied at 12-9-2022 02:18 PM
Mesti masa mngandung pun xpernah vuat buku pink..  Sbb msa nk bkk buku anak 1st ..dia minta sijil ka ...

kalau btol tk penah nikah pun bole je mak tu daftarkan anaknya utk dptkan sijil kelahhiran..tp kt maklumat bapa tu tiada la.

mak bapak nya dh tkde ke pun..smpai nenek plak yg usahakan..
sian budak nih
Quote mily 12-9-2022 02:55 PM
Ntahla... Xda siapa yg bantu kot.. Mak muda masa tu... Xtau nak buat apa..
Quote felinecat 12-9-2022 02:57 PM
ni lg 1 mak bapak bodoh mneyusahkan org..nanti gov pulak nk seleaikan masalah benih diorg ni

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.039019 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top