CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keadaan Kesihatan Najib Razak Teruk, Dirujuk Ke Hospital

12-9-2022 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6905| Komen: 102

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dirujuk ke Hospital Kajang dekat sini bagi menerima rawatan ekoran keadaan kesihatannya yang agak teruk.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pegawai penjara memaklumkan kepadanya bahawa ubat tekanan darah tinggi yang diambil oleh bekas Perdana Menteri ditukar sehingga memberi kesan kepada tahap kesihatannya.

Sehubungan itu, Sri Ram memohon perbicaraan terhadap Najib dilapangkan pada sebelah petang bagi membolehkan beliau menerima rawatan di hospital pada pukul 2 petang.


Foto: The Star

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan itu dan menetapkan perbicaraan disambung esok seperti yang dijadualkan.

Mahkamah kemudian menyambung prosiding dengan mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-27, Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi.

Najib, 69, sedang dibicarakan terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014, manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Bekas menteri kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM 5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerbumpy 12-9-2022 01:24 PM
Kena sumpah sumpah dgn sumpahan muballah yg dia buat tempoh hari keww?

#Tanyaje
Quote anony-mous 12-9-2022 01:27 PM
Mati je la kot lg senang. Selama ni x masuk jail elok pulak x ada masalah kesihatan
Quote 3chanceno 12-9-2022 01:29 PM
Akan berterusan keadaan  cam gini sehingga habis pru

Masih tertanya2 mana jibun ditempatkan selepas hukuman dijatuhkan
Quote dengilo 12-9-2022 01:31 PM
anony-mous replied at 12-9-2022 01:27 PM
Mati je la kot lg senang. Selama ni x masuk jail elok pulak x ada masalah kesihatan

I agree 100%. drama kuat betul
Quote domestobot 12-9-2022 01:34 PM
pastu bila PRU tetiba lantang berceramah atas pentas eh
Quote atira 12-9-2022 01:40 PM
selama ni tergedik2 sampai ke oversea nun. okay je dia
Quote budakshinchan 12-9-2022 01:51 PM
Najib dah leh layan YouTube Sajak Sakaratulmaut
Quote elecom 12-9-2022 01:56 PM
kalau tukar ubat darah tinggi mmg selalunya ada kesan..kdg2 mmg teruk...ikut penerimaan badan org tu
Quote CiliPadiSedap 12-9-2022 01:56 PM
pru nanti tetiba sihat. orang politik kalau drama lebih hebat dari jam 7 petang
Quote opie5662 12-9-2022 02:06 PM
Elleh... Baru bape hari dok jail.. Mcm2 hal la ko.. Msa songlap duit dlu sihat je plak... Tak penah lak dgr masuk spital.... Takyah tukar ubat lain.. Tukar je ngan racun.. Cepat sket abes drama
Quote MadameOnion 12-9-2022 02:06 PM
teringat cerita doctor prisoner
Quote miss_perfect 12-9-2022 02:07 PM
Drama King.
Kuat menipu macam dia ni kalau dia nazak pun aku sukar nak percaya.
Quote cm_matjawasp 12-9-2022 02:09 PM
opie5662 replied at 12-9-2022 02:06 PM
Elleh... Baru bape hari dok jail.. Mcm2 hal la ko.. Msa songlap duit dlu sihat je plak... Tak penah  ...

Hoiiii engkau
Quote ina_na 12-9-2022 02:10 PM
Dah elok2 mkn ubat sblm ni knp tukar..nak kata ubat dr hospital krjn x sesuai dgn dia ke... Ni semua drama sinetron Najib je..nak lewat2kan kes 1mdb dia..
Quote mizruncing 12-9-2022 02:13 PM
opie5662 replied at 12-9-2022 02:06 PM
Elleh... Baru bape hari dok jail.. Mcm2 hal la ko.. Msa songlap duit dlu sihat je plak... Tak penah  ...

jangan mintak dia mati cepat. kang sapa nk bayar juta2 tuhhh
Quote black_handbag 12-9-2022 02:20 PM
tiap2 minggu masuk sepital ye. elokla meninggal je terus
Quote ladybugz 12-9-2022 02:23 PM
ajak die main golf la. ambik batang penyapu, korek lubang skif kat tanah, letak bola golf. sihat la nanti tu. die x exercise tu. sambil2 tu boleh la suruh bancuh simen ke, buat perabot ke, anyaman rotan ke, hias la dgn berlian pink atau berlian berkarat2 n jual. masukkan dlm pendapatan negara. ni asik main fb, minum starbucks, bila nk sihat.
Quote nolya 12-9-2022 02:38 PM
anony-mous replied at 12-9-2022 01:27 PM
Mati je la kot lg senang. Selama ni x masuk jail elok pulak x ada masalah kesihatan

Kehidupan Najib sebelum dn sesudah masuk penjara tentulah amat berbeza.  Tak heran kalau Najib skr dirundung rasa yg teramat kecewa, gundah gulana, sepi,  shnga  menjejas perasaan sanubarinya.  Kenapa tidak, keadaan dn kehidupan Najib bertukar completely.  Rakyat pasti megerti dn faham perasaan Najib yg  halus  duduk dlm penjara walhal 'who is Najib' sebelum ini.

Seseorang, apabila dlm tekanan perasaan dn fikiran pasti mudah tergaggu jiwanya. Kalau pun tak sampai jadi gila, tetapi perih di jiwa membawa ratapan 'lebih baik mati drp hidup begini'.  Kalau ada penyakit akan menjadi lebih teruk. Itu sebab di kalangan warga emas, ketenangan jiwa itu sangat perlu. Sehat jiwa akan sehatlah fizikalnya ttapi bila jiwa terganggu, segunung emas dlm genggaman pun tak akan membahagiakan. Bagi mereka yg masih ada ibubapa warga emas, wujudkanlah rasa tenang dn bahagia untuk mereka.
Quote Cpkay 12-9-2022 02:49 PM
panjang drama siniteron ni. bersiri siri tak habis

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.097367 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top