CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Stesen Minyak Di Salor Kelantan Didakwa Berhantu, Ada Yang Isi Minyak Walau Dah Lama Ditutup

12-9-2022 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5723| Komen: 37

Kisah seram melibatkan bekas tapak stesen minyak terletak di Salor, Kota Bharu, Kelantan kini hangat diperkatakan di media sosial.

Terdapat dakwaan mengatakan pernah terserempak beberapa kereta singgah ke stesen minyak tinggalan itu, kelihatan seolah-olah sedang membayar untuk mengisi minyak.

Pemilik Facebook Yusal Mastura Yusoff melalui satu hantaran berkata, hakikatnya stesen minyak tersebut sudah lama menghentikan operasi.


Foto: FB

“Memang pelik bila lalu dua tiga kali tengok orang masuk macam tengah isi minyak sedangkan ia sudah tutup. Maghrib pun ada kereta masuk parking macam nak isi minyak.


“Ada kemungkinan orang jauh, kalau dekat semua tahu dah tutup. Seriau bulu roma,” katanya.

Hantaran tersebut menerima sebanyak 5,500 perkongsian dengan 4,400 komen, malah ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman.

“Dua minggu lepas baru pergi. Lepas isi tengok minyak tak naik. Pusing balik nak tanya tengok tak ada orang, duit ada saja di situ.

“Selepas itu, baru perasan stesen minyak tersebut terbiar. Apa lagi, pecutlah. Mula-mula pergi ada budak lelaki jaga kaunter,” ujar Yujie Mazlina.

“Sepupu saya terbabas depan stesen Salor ini ternampak benda melintas pukul 4 pagi. Nak elak tapi tak ada pun. Balik terus demam,” cerita Syaza Liyana.

Namun, perkongsian seorang netizen boleh dikatakan merungkai kisah misteri yang dikongsi Yusal.

“Itu kereta abang ipar saya. Setiap kali balik Pasir Mas kalau anak dia bergaduh dalam kereta, dia akan berhenti situ untuk takutkan anak-anak. Tak ada yang pelik pun jangan risau. Sekian melapor,” komen Snor Farhana menerusi perkongsian tersebut.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 12-9-2022 12:31 PM
bagus abg ipar snor farhana
Quote elzy 12-9-2022 12:36 PM
Bila post kat Fb tu? Rata-rata orang buat aktiviti paranormal kat situ.
Quote ekod79 12-9-2022 12:37 PM
rasanya ramai dah geng2 paranormal buat content kt stesen minyak ni, yg parkingasuk geng2 diorang la kot.
Quote riyadhK 12-9-2022 12:52 PM
Kenapa stesen ni ditutup sbnrnya?
Quote tomiko_haza 12-9-2022 01:02 PM
pihak berkenaan pun kenapa tak tutup tmpt tu btol2..tkdela org terkena
Quote Supersirap 12-9-2022 01:06 PM
Stesen minyak ni memang urban legend
Quote capwayang 12-9-2022 02:04 PM
..ada transaction pil kuda kot kat situ. First car letak second ambil..
Quote SWORKS27 12-9-2022 02:14 PM
ni ponder produk apa pulak yg nak up cerita lama ni??
Quote mizruncing 12-9-2022 02:15 PM
kesian sapa isi minyak tp minyak nyaa tak isi2
Quote sharlenetexas 12-9-2022 02:15 PM
Ron 95 ke 97?


Quote shernazz 12-9-2022 03:21 PM
Naseb le meter.minyak tak.naik
Buatnya.pam pam.tengok2 kuar air
Mau tak.nanges dok situ kete tersadai
Quote insulin 12-9-2022 03:23 PM
Bangunan lama tu. Hati2 la kalau menceroboh. Kang tak pasal2 roboh timpa diri sendiri.
Quote copy_paste 12-9-2022 03:38 PM
capwayang replied at 12-9-2022 02:04 PM
..ada transaction pil kuda kot kat situ. First car letak second ambil..

boleh jd begitu,org tertentu dtg konon jd mangsa hantu padahal beli barang larangan,
Quote tri-max 12-9-2022 03:42 PM
mesti ada plot twist, takkan senang2 kena game ngan hantu masuk dimensi lain begitu saja
paling2 da jadik one stop centre pil kuda, ice, fire, dragon..
Quote batmana 12-9-2022 04:05 PM
Pasni apa plak..hantu bole hack app Setel ke..org isi minyak..duit tolak minyak tk msuk..haha
Quote CiliPadiSedap 12-9-2022 04:22 PM
wad bersalin pun pernah. wad tu dah lama xguna tapi malam tu bercahaya. malas nak cerita naik bulu roma
Quote ina_na 12-9-2022 04:25 PM
Penah singgah p toilet..nampak org ramai je mcm stesen minyak biasa..cuma toilet dia seram dan x bersih..x tau kan stesen ni dah tutup..nak2 kita org luar
Quote supernaturalee 12-9-2022 04:27 PM
pandai snor cover up ye
cer mata2 pi skodeng area tu tgk


Quote sharlenetexas 12-9-2022 04:36 PM
tri-max replied at 12-9-2022 03:42 PM
mesti ada plot twist, takkan senang2 kena game ngan hantu masuk dimensi lain begitu saja
paling2 da  ...

Itulah hantu2 sebenar.


Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.047258 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top