CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Paksa Kahwin Sampai Kena Berhenti Belajar, Malang Dapat Suami Kuat Menghina Dan Memaki

12-9-2022 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2795| Komen: 25

Dipaksa kahwin dengan pilihan ibu bapa sehingga dia terpaksa berkorban untuk berhenti belajar, semata-mata mahu mengikut kata orang tuanya.

Apabila sudah menjadi isteri orang, lain pula kisah hidupnya apabila setiap hari suami suka menghina serta menafikan sebahagian haknya dalam rumah tangga.

Itu kisah hidup dihadapi seorang isteri dikongsikan oleh Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berhubung masalah wanita tersebut yang terpaksa melupakan cita-cita demi hajat ibu bapanya.

Foto: Shutterstock

“Dia pelajar cemerlang, berjaya memperolehi 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sewaktu semester pertama di matrikulasi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), dia mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.77.


“Atas arahan ibu bapa, dia berhenti belajar kerana perlu berkahwin dengan jejaka pilihan mereka.

“Hampir tiga tahun berkahwin, dia sentiasa ditemani air mata kerana suami suka caci maki dan menafikan sebahagian haknya sebagai isteri dalam perkahwinan,” katanya pada hantaran di laman Facebook.

Suzana berkata, wanita itu turut memaklumkan masalah dihadapi kepada ibu bapa namun, mereka menyuruhnya menuntut cerai tanpa usaha menyelamatkan rumah tangganya terlebih dahulu.

“Dia bingung dan tertekan. Dia sudah korbankan cita-citanya demi hajat ibu bapa. Apakah dia perlu korbankan pula rumah tangganya sebegitu sahaja?,” katanya.

Sementara itu, ujar Suzana, kisah tersebut dikongsikan sebagai panduan kepada ibu bapa supaya tidak terlalu mudah menentukan hala tuju masa depan anak tanpa memikirkan masa depan mereka. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 12-9-2022 12:24 PM
Hidup bukan hanya untuk gembirakan orang belajarlah untuk gembirakan diri dulu jangan terlalu lama biarkan diri dibelenggu.
Quote kelip2_07 12-9-2022 12:42 PM
dh mcm drama pkul 7

tp yg tu xpelh last2 laki ank org kaya tu sygkn dia
Quote KIM.K 12-9-2022 12:58 PM
Tu ler pentingnya jadi cash cow. Walaupun dipergunakan at least orang ingat jugak pegi vacation duit sapa
Quote Supersirap 12-9-2022 01:08 PM
Sangat sedih jika hidup bekerluarga tetapi setiap hari makanan harian hanya makian
Quote Nnasda53 12-9-2022 01:21 PM
Hati sendiri perlu di jaga dulu.
Kesian hari2 makan maki hamun je.
Moga keluar dari kepompong.
Quote Dwdrum 12-9-2022 01:21 PM
Sepatut nya ko lari saja dik...
Quote lyshafull 12-9-2022 01:35 PM
Lari je la dik
Tu bukan mak pak x yah la ikut sgt cakap walau buruk mcm mana pun tu mak pak kita bla bla bla org yg nasihat tu pun xde msalah family

Semoga baik2 sahaja buat adik dapat keluar dri kemelut ni
Quote lattehazelnut 12-9-2022 01:58 PM
Susah lah dik victim mentality.. dah dewasa dah kawin da pun nakkkk menurut cakap org..
Patutnye time hbis matrix, kau sambung je la belajar.. ada ptptn kan boleh je buat hal sendiri kalau kne paksa kawin pun..
Kau yg nak mengikut je bodo2..
Ni dah jd pak turut laki.. im 100% sure dia xkan buat pape sbb kau xde otak matang boleh berfikir waras buat keputusan sendiri..
Umur je dah tua dewasa tapi tetap nak salahkan mak bapak.. yihhh.. bodo mcm kerbau.. at least kerbau boleh buat korban raya haji..
Quote surih07 12-9-2022 05:14 PM
Alahai siannya
Do somethingg
Quote ninja boy 12-9-2022 05:20 PM
Byk Melayu xde penasihat utk buat keputusan yg betul
Quote .HannahMontana. 12-9-2022 05:46 PM
Edited by .HannahMontana. at 12-9-2022 05:49 PM

bab bab kahwin jangan dengar cakap orang

carutkan saja mak bapa ko yang paksa ko kahw in

poen ko ko yang punya
masadepan ko , ko yang punya

anak xbergutang 1 sen pun dgn mak bapak  , apa mak bapak buat semua tanggungjawab

buat baik di balas baik

xikhlas xdikira sebagai amal solah

bab kahwin ko kena keras

atas pada tegas ialah keras

kita kahwin habislah body kita kena  gentel

seksa hidup

tambahan dgn laki ko xsuka

kalau laki kita cintai kita yang rogol dia malam tu juga

Quote ninja9 12-9-2022 05:46 PM
apa yang dia buat kalau ikut plan kawin semua tu ok juga sebenarnya... masalahnya suami pulak yang jadi penyebab kemurungan. Tak guna hidup bersama jika tak bahagia. Set limit, cuba perbaiki, kalau agak-agak tak boleh .. pilih kebahagian diri sendiri, cari kerja dulu, lepas tu baru putuskan...
Quote Tinot7 12-9-2022 05:59 PM
mak pak dia ni sesuatu sgt laa..
Quote fealefea 12-9-2022 07:44 PM
Pebende ni. Kata bijak. Buat sesuatu
Quote spankee_fili 12-9-2022 08:18 PM
Orang suruh kahwin ko pun gedik2 ikut je
Bila ada masalah orang suruh cerai tanak pulak
Ko nak apa sebenarnya ni deknon???
Sebab tu umur tengah belajar jangan diberi kahwin
Mesti masa kena paksa kahwin dok berangan jadik izzah ombak rindu kan?
Quote borrow 12-9-2022 08:24 PM
Edited by borrow at 12-9-2022 08:25 PM

biasa dengar toxic parents tak bagi ceraikan shuben toxic. Ni parents suruh ceraikan shuben toxic pun salah juga?
Quote Highflyer19 12-9-2022 10:00 PM
Kesian budak ni...
Quote shida81 12-9-2022 10:34 PM
Klu x nk cerai hadap la laki ko tu.. Doalah siang mlm supaya laki ko berubah.. Pastu jgn bising2 berendam air mata bagai...
Ko nk tenang g la cerai.. Cari kj.. Sambung bljr ke... Hidup ni sekali je pendek plak tu knp nk susah2
Quote matchstick 12-9-2022 10:40 PM
Ko tinggal kt India ke dek..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.068860 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top