CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumpa Jodoh Di Bigo Live- Tak Ada Kaki, Lelaki OKU Tak Sangka Ada Wanita Ajak Kahwin

12-9-2022 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5092| Komen: 46

Cheras: "Saya tidak pernah menyangka akan berkahwin, sampai ke jinjang pelamin, namun inilah yang dinamakan takdir," kata Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal, Muhammad Haziq Samrat.


Pemuda berusia 27 tahun itu menarik perhatian ramai selepas video majlis persandingannya bersama isteri, Nur Atiqah Amiera Ghazali, 29, tular di media sosial.

Dalam video itu, kelihatan Muhammad Haziq bergerak di atas papan selaju, beriringan dengan isterinya menuju ke pelamin untuk bersanding dan acara memotong kek.

Muhammad Haziq yang kini menetap di Bandar Tun Hussein Onn di sini berkata, video itu dirakam ketika majlis persandingan mereka di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak pada 10 September lalu.


Foto: Anphotographer


Katanya, dia tidak mengetahui ada pihak yang memuat naik video berkenaan di TikTok.

"Saya baru tahu sebenarnya dan tak sangka ia tular di laman sosial. Saya sedar ada tetamu yang mengambil gambar, video ketika datang majlis itu tapi tak sangka dimuat naik hingga tular," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi kisahnya, Muhammad Haziq berkata, dia merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik dan menjadi OKU sejak dilahirkan.

Katanya, sejak kecil dia diasuh untuk mengutamakan pendidikan dan tidak ketinggalan hingga memiliki Diploma Multimedia dan Animasi serta Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan.

Muhammad Haziq juga tiada masalah bergaul dengan sesiapa, malah mempunyai ramai rakan normal.


Foto: Anphotographer

"Saya terbuka dan tiada halangan berkawan dengan sesiapa baik lelaki mahupun perempuan.

"Cuma, bab pasangan itu saja yang tidak pernah saya jangka, apatah lagi terfikir sama ada perempuan mahukan saya atau tidak.

"Rupanya, ada juga yang sudi menerima diri saya seadanya dan kepercayaan itu akan cuba saya balas dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami sebaiknya, menjaga dan mendidik isteri," katanya.

Sementara itu, Nur Atiqah Amiera yang bekerja sebagai pembantu jururawat berkata, dia berkenalan dengan suaminya menerusi platform Bigo Live pada November 2020 dan tertarik dengan keperibadian lelaki itu.

"Kiranya, saya yang 'mengayat' suami dahulu pada awal perkenalan dan dia awalnya tidak suka cerita keadaan dirinya, jadi saya cuba juga kenali dia hingga pertemuan pertama kami pada 12 Disember 2020.

"Saya tidak kisah keadaannya macam mana, asalkan dia memahami dan boleh didik saya, malah keluarga juga tiada halangan serta terbuka menerima hubungan kami," katanya yang memberitahu mereka melangsungkan akad nikah pada 23 Julai lalu.

Nur Atiqah Amiera berkata, tiada istilah terpaksa menerima pasangan OKU sebaliknya, dia bersedia menjadi isteri yang menjaga kebajikan suami istimewanya sekali pun berhadapan persepsi masyarakat.

"Daripada awal saya sudah tahu keadaan suami, jadi sudah tetapkan hati dan minda untuk bersedia dengan segala kemungkinan. Insya Allah saya mahu menjaganya sehingga akhir usia kami," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hizert 12-9-2022 11:49 AM
Jodoh kan.

Ape2 pon aku tertarik dengan bidang pengajian dia, "Diploma Multimedia dan Animasi". Kalau dia memang ada skill dalam bidang ni, memang kat luar keja yang tunggu dia. So, nk sambung study elok bidang2 yang memang pasaran kerja nak berbanding bidang lain.
Quote Artemesiaa 12-9-2022 11:53 AM
Moga jodoh berkekalan
Quote prince_marhaen 12-9-2022 12:16 PM
wanita berlitup juga punya fetishnya yang tersendiri ya.  
Quote susukambingbest 12-9-2022 12:17 PM
Tahniah. Dah gugel nama haziq ni. Kategori rupa ok, bijak, matang, brdikari, aktif dlm sukan n dpt bbrapa anugerah inspirasi peringkt kebngsaan. Kkurangan dia cuma OKU tu je lah. Patut la isteri dia sudi.
Quote susukambingbest 12-9-2022 12:27 PM
Edited by susukambingbest at 12-9-2022 12:33 PM

Segalanya bermula dari keberanian isteri melamarnya, Haziq akui hatinya terus tertawan
Selamat dinikahkan semalam, Tokoh OKU Pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan serta pelakon berbakat yang pernah berlakon dalam drama bersiri Tanah Kubur, Haziq ketika dihubungi KASHOORGA berkongsi rasa gembira kerana majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar dan sempurna.

Ditanya kisah cinta mereka bermula, kata Haziq, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, dia yang membuka sebuah agensi telah merekrut individu yang ingin mengubah kehidupan yang lebih baik.

“Ketika saya buat live inilah, isteri ada sertai. Ramai juga turut serta kerana saya mengajar mereka bagaimana untuk menambah pendapatan ketika negara berdepan pandemik. Buat content sendiri dan sebagainya. Awalnya perkenalan kami biasa saja tapi lama kelamaan berubah bila mana Miera menyatakan ingin berkenalan dengan saya dan keluarga dengan lebih rapat.

“Kami kenal dalam beberapa bulan saja sampailah Miera datang ke rumah bertemu keluarga pada Januari tahun lalu. Katanya dia suka saya. Dari dia approach itulah, saya terus terpikat dengan keberaniannya sebab tak ramai perempuan berani begitu.

“Tak dinafikan saya ramai kawan perempuan. Malah ketika zaman remaja lagi dah biasa bawa kawan-kawan datang jumpa keluarga. Tapi bila Miera “berani”, saya pun rasakan inilah jodoh yang tepat buat saya,” katanya yang sangat aktif dalam sukan extreme termasuk mencuba main sukan luncur, wall climbing, berenang dan lain lagi. Bahkan sangat suka mencuba sesuatu yang luar biasa.

Tiada apa yang membezakan mereka kerana cinta melebihi segala-segalanya.

Haziq seorang yang sangat aktif terutama sukan lasak. Keduanya selamat disatukan semalam selepas bertunang selama setahun.Doakan jodoh kami hingga Jannah

Sama seperti orang lain, Haziq memohon doa agar rumahtangga yang baru dibinanya ini kekal hingga ke Jannah.

Dalam membina ikatan cinta bersama pasangan, kata Haziq buang sifat malu kerana “malu” menutup semua peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

“Samalah dalam bab jodoh, kalau malu-malu sangat, kita tak suarakan perasaan, orang pun tak tahu. Tapi bagi saya, malu kena ada tapi bertempat. Ikutkan keadaan saya dengan fizikal begini, semua fikir tak boleh buat tapi saya mampu lakukan dan menikmati kehidupan yang saya sukai termasuk menjadi penyampai radio di D’traxx.

“Saya akui terpikat dengan Miera kerana dia berani mencuba. Saya pula jenis selamba, dia juga begitu. Saya nampak usaha dia menawan hati saya dan alhamdulillah, kami sangat serasi bersama,” katanya memaklumkan isterinya bekerja sebagai jururawat. Menambah gelaknya, kata Haziq, Miera memaklumkan sudah lama meminatinya dalam diam. Dan sudah tertulis jodoh mereka hingga di satukan semalam.

Pasangan ini meminta doa agar rumahtangga mereka kekal hingga jannah.

Kebahagiaan jelas terpancar di wajah pasangan pengantin baru ini.

Haziq akui ayahnya tak sempat melihat majlis pernikahan ini dan mereka mempercepatkan majlis kerana mahu ayahnya melihat tapi Allah lebih sayang.
Baru meninggal dua minggu lalu, pasangan pengantin baru ini menziarahi kubur arwah ayah sebaik habis akad nikah.
Majlis sepatutnya untuk ayah tapi Allah lebih sayang..

Dilahirkan tanpa anggota dari pinggul ke bawah, anak bongsu dari tujuh beradik ini mengakui arwah ayahnya baru saja dijemput Illahi di malam raya haji lalu.

“Ikutkan majlis nikah kami 9/9/2022. Dan sanding esoknya. Tapi akak ada bertanya boleh tak percepatkan kerana ayah tak berapa sihat akibat kanser paru-paru. Waktu ini tak tahu pun ayah stage berapa sebab baru dapat kesan.

“Sebelum ini saya memang menjaganya. Fikirkan tiada apa halangan kami memilih tarikh semalam tapi Allah lebih sayang. Ayah tak sempat pun tengok majlis kami. Kebetulan malam itu, saya baru balik dari tengok dewan sanding kami. Bila balik keadaannya macam teruk. Habis baca Yassin, ayah pergi tinggalkan kami,” katanya berkongsi kenangan hilang ayah.

Semoga pernikahan pasangan ini kekal till Jannah. #kredit kashoorga.com
Quote sarahmirza 12-9-2022 12:31 PM
Soalan ingin tahu.... Melihatkan fizikal lelaki itu, bolehkah mereka berhubung intim seperti pasangan suami isteri?
Quote Supersirap 12-9-2022 01:09 PM
Selamat pengantin baru dan selamat melayari bahtera alam perkahwinan
Quote Nnasda53 12-9-2022 01:22 PM
Tahniah dan moga bahagia sentiasa.
Quote mejaputih 12-9-2022 01:34 PM
hebat si haziq ni...dalam tiada kaki, tp semua benda sukan extreme dia cuba, bijak pula tu...pastu semangat dia kuat...mesti family dia pun family hebat...bg support dari segala segi.
Quote yondu 12-9-2022 01:36 PM
sarahmirza replied at 12-9-2022 12:31 PM
Soalan ingin tahu.... Melihatkan fizikal lelaki itu, bolehkah mereka berhubung intim seperti pasanga ...

i pun tertanya2 benda sama. bukan gatal ke apa ke. cuma nak tahu je
Quote insulin 12-9-2022 01:38 PM
sarahmirza replied at 12-9-2022 12:31 PM
Soalan ingin tahu.... Melihatkan fizikal lelaki itu, bolehkah mereka berhubung intim seperti pasanga ...

Dr Arliss Loveless dalam filem Wild Wild West sudi memberikan panduan.
Quote dua_chzy 12-9-2022 01:45 PM
sarahmirza replied at 12-9-2022 04:31 AM
Soalan ingin tahu.... Melihatkan fizikal lelaki itu, bolehkah mereka berhubung intim seperti pasanga ...

Boleh je. Ramai ja pasangan gini di negara kokesen. Ada sorang tu si Nick Vujivic, lagik la teruk takda tangan takda kaki tapi happy ja dengan wife dia dan anak2. Lawa pulak tu wife. Tapi si Nick tu pun bukan kaleng2 punya orang. Merata dunia bagi motivational speech (Christian punya) termasuk kat Malaysia ini.
Quote dua_chzy 12-9-2022 01:47 PM
Edited by dua_chzy at 12-9-2022 05:49 AM

I mean, yang hilang kaki acik. Bukannya tontolou @ penis.

Dan orang2 begini jika athletic bahagian atas mereka kuat ya. Abang ini aktif sukan kan? Ntah2 lagik gagah dari suami2 buntal acik porom.
Quote sarahmirza 12-9-2022 02:18 PM
dua_chzy replied at 12-9-2022 01:45 PM
Boleh je. Ramai ja pasangan gini di negara kokesen. Ada sorang tu si Nick Vujivic, lagik la teruk  ...

Tak semua mereka keadaan serupa ye...
Kita mana tau organ dalam baju/seluar dia...
Quote lattehazelnut 12-9-2022 02:20 PM
Bini dia performer kat bigo ke
Quote dua_chzy 12-9-2022 02:23 PM
sarahmirza replied at 12-9-2022 06:18 AM
Tak semua mereka keadaan serupa ye...
Kita mana tau organ dalam baju/seluar dia...

Cer carik gambar full body abang ni? Ada je kot punggung dan penis dia, limb ja hilang? Kalau takda penis takdanya dia konfiden nak kawin kot?
Quote sarahmirza 12-9-2022 03:47 PM
dua_chzy replied at 12-9-2022 02:23 PM
Cer carik gambar full body abang ni? Ada je kot punggung dan penis dia, limb ja hilang? Kalau takd ...

Mana la tau definisi kahwin bagi perempuan tu bukan kerana seks... Dah takpe la, kita tutup soalan tadi.... suka hati dorang la kan kahwin ada hubungan intim ke tak... Kita doa yang baik2 aje..

Quote sarahmirza 12-9-2022 03:48 PM
makadek replied at 12-9-2022 02:29 PM
Mesti berfungsi tu hadeknyaaaa ..tgkla ton dpn kot bini bunting

Kalau ada update la...
Quote surih07 12-9-2022 05:08 PM
Tahniah and selamat pengantin baru!
Cute je both time jalan nak ke pelamin

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.066913 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top