CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bos Besar Bertemu- TMJ Dan Raja Muda Selangor Tak Bermusuh, Bincang Cara Tambah Baik Liga Malaysia

12-9-2022 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 922| Komen: 3

Kuala Lumpur: 'Bos besar' yang juga pemilik kepada kelab gergasi Liga Malaysia iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC (SFC) mengadakan perjumpaan hari ini bagi membincangkan perkara berkaitan pembangunan bola sepak pasukan masing-masing.


Menerusi perkongsian di Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan bahawa pertemuan membabitkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga bertujuan berkongsi idea berkaitan cara untuk menambah baik liga Malaysia, pembangunan belia dan bola sepak secara keseluruhan.


Foto: FB

Turut mengiringi Tunku Ismail adalah pegawai bola sepak JDT sekali gus menyaksikan bakal berlaku perubahan dalam kelab Selangor kelak.


"Tujuan perjumpaan ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan antara Johor dan Selangor," katanya.

Hubungan skuad Harimau Selatan dan Gergasi Merah seperti sedia maklum agak 'panas' terutama apabila Tunku Ismail sering mengkritik pentadbiran dan sistem bola sepak Selangor.

Namun, sebenarnya, pertemuan ini juga membuktikan di antara 'bos besar' sebenarnya tidaklah berbalah namun lebih kepada penyokong fanatik mereka yang sering mencetuskan sentimen pergaduhan.

Selain itu, pertemuan ini juga mungkin menjadi titik tolak kepada Selangor untuk mengadakan perubahan secara menyeluruh seterusnya kembali menjadi kuasa besar bola sepak di negara ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 12-9-2022 11:51 AM
yer..besar dan lebar.. ampon tonku.
Quote Artemesiaa 12-9-2022 11:55 AM
Eloklah apa2 pun bawak berbincang baru masaalah boleh selesai
Quote edoraixora 12-9-2022 12:03 PM
hubungan panas sekadar di media, sedara2 jugak tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.028324 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top