TEMERLOH – Polis menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dalam kegiatan menuba ikan yang boleh menyebabkan mereka ditangkap dan didakwa di bawah akta bahan letupan yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda jika didapati bersalah terlibat dalam kegiatan mengebom ikan. Ketua Polis Daerah Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis boleh menahan dan mendakwa mereka khususnya nelayan sungai yang menangkap ikan secara menuba atau menggunakan bom. “Setakat ini polis belum menerima sebarang maklumat mengenai kejadian seperti ini tetapi berdasarkan maklumat awam ia boleh berlaku ketika musim kemarau yang bermula sekarang,” katanya. Sementara itu seorang nelayan Mustafa Mohamad 34, berkata, Jabatan Perikanan Negeri Pahang digesa menempatkan lebih ramai penguat kuasa mereka di setiap daerah bagi memudahkan tangkapan dibuat jika berlaku kegiatan menuba ikan. Menurutnya, seperti kes-kes terdahulu, jabatan terbabit mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke kawasan menuba hingga terdapat banyak kes yang terlepas begitu sahaja. “Kalau boleh mereka adakan rondaan di kawasan yang mempunyai rekod menuba supaya mereka terbabit tidak berani berbuat demikian. “Kegiatan menuba ikan ketika ini sangat berbahaya kerana kebanyakan mereka yang terlibat menggunakan racun tuba kimia yang boleh memusnahkan hasil ternakan ikan sangkar. “Ini berbeza dengan tuba menggunakan akar tuba yang lebih selamat dan tidak berbahaya kepada pelanggan yang membeli hasil jualan ikan tersebut
|
ADVERTISEMENT