CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ikhram Juhari Sedia Dikecam- Buka Baju, Tayang Badan Dalam Filem

12-9-2022 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2852| Komen: 22

Pelakon Ikhram Juhari sudah bersedia menerima sebarang kecaman atas keputusannya untuk menayang badan sasa dalam filem aksi ketenteraan Malbatt Misi Bakara.

Walhal sebelum ini, Ikhram, 30, yang sudah tujuh tahun bergelar pelakon dengan tegasnya membuat kenyataan enggan menayang tubuhnya terutama dalam platform media sosial.

Foto: IG

“Memang benar, sebelum ini saya ada keluarkan kenyataan tidak mahu tayang badan, tetapi sekarang saya lakukannya (ketawa).

“Sebenarnya saya berfikir banyak kali juga sebelum memutuskan untuk tayang badan. Namun, saya hanya buat untuk filem sahaja, tidak dalam drama.


“Saya hanya tayang badan untuk kerja bukannya suka-suka. Setakat ini peminat memahami tujuan saya berbuat demikian adalah demi kerja, apa pun saya sudah bersedia andai dikecam selepas ini,” ujar Ikhram yang ditemui pada majlis sidang media pelancaran filem Malbatt Misi Bakara.


Tambah Ikhram atau nama sebenarnya, Mohamad Noor Ikhram Juhari, babak tidak berbaju dalam filem aksi tersebut adalah satu keperluan selepas melihat kesesuaian keadaan dan skrip.

“Babak (tidak berbaju) itu memang perlu kerana keadaan cuaca yang panas. Saya melihat kesesuaian babak dan keadaan terlebih dahulu. Jika nak tahu lebih lanjut tontonlah filem ini tahun depan,” kata Ikhram.

Dalam pada itu, untuk menghidupkan watak dalam filem Malbaat Misi Bakara, Ikram sanggup menyeksa diri selama dua bulan lebih untuk membina badan dan berdiet demi kelihatan seperti seorang tentera yang sebenar.



“Rutin harian sebelum penggambaran bermula adalah bersenam di gimnasium, bersauna untuk membuang air di dalam badan dan berjemur 20 minit bahagian depan serta 20 minit bahagian belakang badan demi mendapat kulit yang gelap,” tutur Ikhram.

Komitmen Ikhram tidak terhenti di situ, malah dia turut menjaga pemakanan dengan ketat dan sanggup melabur sekitar RM200 sehari demi hidangan berkhasiat.



“Memang agak terseksa kerana saya hanya boleh mengambil protein dengan makan enam biji telur masak sebagai sarapan dan ikan tilapia rebus buat hidangan tengah hari selain buah-buahan.

“Selepas pukul enam petang, saya tidak akan makan. Saya tidak boleh mengambil karbohidrat kerana akan menjadikan perut buncit, sebab itu sebelum dan semasa penggambaran memang saya amat menjaga pemakanan.

“Rakan pelakon seperti Hairul Azreen dan Shaheizy Sam banyak memberi tunjuk ajar untuk mendapatkan badan yang sesuai dalam filem ini,” kongsi Ikhram lagi.



Bagi Ikhram, usaha dan komitmen yang diberikan bukan sahaja demi menyahut cabaran pengarahnya, Adrian Teh tetapi juga demi kepuasan dirinya sebagai pelakon.

“Adrian berseloroh jika pelakon berjaya dapatkan perut six pack akan diberi lebih masa di skrin. Saya tidak melihat perkara tersebut sebagai bahan gurauan sebaliknya satu cabaran.

“Peluang untuk terlibat dalam sebuah filem besar seperti ini bukan selalu hadir dan satu kerugian jika saya tidak berusaha untuk diri sendiri. Oleh itu, saya cuba buat yang terbaik,” tuturnya.



Filem Malbatt Misi Bakara yang diangkat daripada kisah benar perang saudara di Somalia pada tahun 1993 itu menjadi filem termahal dalam sejarah Malaysia apabila dibikin dengan kos berjumlah RM20 juta.

Selain Ikhram, bintang lain yang turut terlibat dalam filem yang bakal menemui penonton sekitar Ogos tahun hadapan adalah Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Adlin Aman Ramlie, Bront Palare, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Gambit Saifullah, Dafi Ismail Sabri, Safwan Nazri, Nafiez Zaidi, Taufiq Hanafi dan Theebaan G. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 12-9-2022 11:09 AM
badan sasa, muka macam kak mimi hazami winter sonata
Quote babelina 12-9-2022 11:16 AM
masa ada chanel drama sgt.. mcm2 drama lama kuar..
selalu tgk dia blakon.. ok la juga..
Quote sukacactus 12-9-2022 11:42 AM
prince_marhaen replied at 12-9-2022 11:09 AM
badan sasa, muka macam kak mimi hazami winter sonata

Yes3! Patut la nengok ada iras someone familiar
Quote awenda507 12-9-2022 02:36 PM
tak kenal sapekah gerangan tuan hamba?
Quote Perawankota 12-9-2022 05:52 PM
prince_marhaen: badan sasa, muka macam kak mim ...


Hahaha. Tapi dulu2 kan org ckp dia mcm zul ripin.. Siap berlakon jadik siblings dlm drama series Mike Ang tuuuuu
Quote gideoncross 12-9-2022 09:04 PM
Not bad, tasty jugak.
Quote TerataiMelur02 12-9-2022 09:06 PM
Hmm..ni kalau kurex nampak habislah
Quote 7doors 12-9-2022 09:07 PM
prince_marhaen replied at 12-9-2022 11:09 AM
badan sasa, muka macam kak mimi hazami winter sonata

Hahahaha...ak tengok muka mcm persis rizalman
Quote KBW2 12-9-2022 09:11 PM
Nak kecam pun takde sape kenal ko dik
Quote Pujangga22 12-9-2022 09:13 PM
buka baju takper jgn tayang punai sudah
Quote rosannazmia 12-9-2022 09:23 PM
Perawankota replied at 12-9-2022 05:52 PM
Hahaha. Tapi dulu2 kan org ckp dia mcm zul ripin.. Siap berlakon jadik siblings dlm drama series M ...

Ada rhope zul arifin lah esp yg pakai suit grey tu...
Quote Suchi 12-9-2022 09:48 PM
Iols ada baca komen org pelakon luar cam korea yg kena tayang sikpek dlm movie pun seksa gak sampai takleh minum air byk.
Dorang sampai craving nak minum air tp kena tahan sbb tanak nampak bloated sepanjang shooting.

Korang duk pecah ovari bagai tgk body dorang sementara dorang punyalaa seksa menahan azab
Makan bercatu bagai, tu pasal la si sam tu cuma buat badan time shooting je abis shooting boyak balik melantak kaw2
Quote lattehazelnut 12-9-2022 10:29 PM
prince_marhaen replied at 12-9-2022 11:09 AM
badan sasa, muka macam kak mimi hazami winter sonata

Hahahaha xbaik kak
Quote dudaberhias 12-9-2022 10:32 PM
yang gambar first sekali tu macam tasty jah... lepas scroll... kalau mata terbeliak persis ikan buntal macam zul ariffin tu turn off sangat bagi hakak...

lebih rela tengok filem pasal binatang especially ulangan lion king je kat pawagam... lagi berair nengok Simba punya telur bergayut kiri kanan dalam filem live action tu...
Quote sleepandream 12-9-2022 10:36 PM
no pain no gain chuols.....
takkan la dah susah payah buat badan taknak tayang.... rugiiiiii
Quote lavendernovella 13-9-2022 02:52 AM
Entah lah tingat muka Tim Curry masa muda2.
Quote Knowlee 13-9-2022 10:50 AM
Nope. Next!!!
Quote syaz_lina 13-9-2022 10:52 AM
terserlah ke gei ann nya
Quote DeLuna85 14-9-2022 10:45 AM
Abang2 askar lagi mantap body

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.098607 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top