CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tular Video Gadis Duduk Atas Paha, Coki Akui Silap Dan Mohon Maaf

12-9-2022 03:25 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3821| Komen: 20|Original author: Tatod


Tular video personaliti media sosial yang dikenali sebagai Coki, memangku dan memeluk seorang gadis menyebabkan timbul rasa kurang senang dalam kalangan netizen sekali gus dihujani dengan pelbagai kecaman.

Pemilik nama sebenar, Muhammad Danish Daniel itu kemudian tampil menerusi sesi siaran langsung di Instagram menjelaskan perkara itu dan meminta maaf atas perbuatannya itu.

"Saya minta maaf atas kesalahan saya. Saya pun dah minta maaf pada pihak sana. Saya dah minta maaf pada keluarga saya juga dan semua yang terbabit dengan kes ini.


"Menggigil saya... Saya nak minta maaf kepada semua orang. Saya mengakui salah saya dan minta maaf sangat. Saya dengan Irdina pun tak ada apa-apa hubungan.

"Saya jumpa dia dekat kedai makan. Waktu itu kejadian berlaku di depan Menarau U," katanya.


Menerusi video yang tular di TikTok, Coki bersama wanita itu yang duduk di kerusi bahagian belakang dilihat cuba menutup muka dari dirakam.

Menjelaskan kejadian pada ketika itu, kata Coki, gadis itu hanya duduk beberapa saat sahaja di pahanya disebabkan situasi kelam kabut mencari tempat letak kereta.

"Kalau perasan, dalam video yang viral itu, dia duduk atas paha saya. Sebab apa, kami parking di tepi jalan, dekat Menaru U banyak kereta parking dan kami double park.

"Kami tunggu satu lagi kereta untuk ambil kami yang ramai. Bukan sebab saya berdua, ada perempuan dan lelaki. Keadaan jadi kelam kabut sebab kereta double park itu hon sebab marah.


"Jadi, semua masuk dalam kereta. Kalau perasan dalam video itu, ada kawan saya baju putih dah keluar kereta, waktu itu memang semua orang dah keluar kereta.

"Dia pun dah bangun dari paha saya. Hanya duduk dalam satu hingga empat saat saja. Serius tak lama... Sumpah, tolong la," katanya lagi.


Netizen turut mendakwa Coki turut mencium gadis itu namun personaliti media sosial itu menafikan perkara tersebut dan ia kelihatan seperti itu adalah disebabkan 'angle' kamera. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakspek 12-9-2022 03:30 PM
sape coki ni?choki choki ku kenal..
Quote ezacbee 12-9-2022 03:33 PM
Halusnya budak ni.. Umo berapa dikkk? dah pakai mustang
Quote Riz_one 12-9-2022 03:42 PM
nie sapa pulak dah, tak kenal
Quote babelina 12-9-2022 03:51 PM
sapa pula nie.. bbnu gak ker
Quote Nnasda53 12-9-2022 04:01 PM
Coklat choki2 tu iols tau la.
Budak ni tak kenal.
Quote prince_marhaen 12-9-2022 04:14 PM
duduk beberapa saat dah macam tengah menetek nenen je... alahhh dikkk...kalau dah main pun orang tak heran... kalau tengok lifestyle gitu... kau pun bukan artis terkenal...kau popular dikalangan bohsia2 PPRT je pun..
Quote CiliPadiSedap 12-9-2022 04:21 PM
rambut fesyen budak sekarang mmg camni ye? macam xmandi baru bangun tidur?
Quote mawarkhayalan99 12-9-2022 04:32 PM
whuryussss sgt. coklat coki coki iols tau laaa. aiii dalam video mcm syiokkkk je duk atas riba tuuuu
Quote AbukRokok 12-9-2022 04:46 PM
CiliPadiSedap replied at 12-9-2022 04:21 PM
rambut fesyen budak sekarang mmg camni ye? macam xmandi baru bangun tidur?

nak tiru style amir ncek
tapi xmampu sebab pekat sgt dna kapilla


Quote namieamuro 12-9-2022 04:48 PM
sape jantan ni? murahan nye pempuan itu.dok atas peha jantan. rela jantan sorok muke kt tek. amenda bebdk skrg
Quote Perawankota 12-9-2022 05:03 PM
Klu 90an dulu orang panggil budak2 mcmni bohsia.. Skang panggil apa lak
Quote bulanbulat 12-9-2022 06:32 PM
Muka macam pengkid pun laku. Alahai sosial nya circle dia ni. Sapa dia ni? Toktok femes ka? Risau terpengaruh bebudak ha
Quote CariMalay 12-9-2022 08:41 PM
ezacbee: Halusnya budak ni.. Umo berapa ...
umur dia 16 tahun tak silap aku. Jenis badan kecik macam aiman tino gak.
Quote CariMalay 12-9-2022 08:43 PM
Mula2 nak marah tapi bila fikir balik zaman muda aku yg jauh lebih sosial, terus tak jadi hahaha.. rupa2nya aku marah pun sebab jeles. Tapi buat apa nak jeles kalau budak encem macam aku dah puas merasa
Quote prettyuglybabe 13-9-2022 11:17 AM
whoooo rrrrr yussss????

Quote jijilaaa 13-9-2022 05:14 PM
kat belakang tu muat duduk 3 org dik..tp yang duduk atas seat tu 2 org je..lagi sorang dok atas riba kau kannn
Quote uori 13-9-2022 11:56 PM
selama aku hidup, setiap kali kalau cari parking, tak pernah aku buang tabiat tetiba duduk atas riba orang sebelah aku
Quote nubook 14-9-2022 03:05 AM
Jenuh explain aduh
Quote b_n_c 14-9-2022 05:47 AM
uori replied at 13-9-2022 11:56 PM
selama aku hidup, setiap kali kalau cari parking, tak pernah aku buang tabiat tetiba duduk atas riba ...

kau apa tahu,
kau baru hidup 2 hari,
diorang dh hidup 100 tahun,
hehehe

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 1.979943 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top