CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Dua Lagi Kes Pendakwah Selebriti Di Negeri Sembilan

12-9-2022 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2314| Komen: 17

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang melengkapkan siasatan kes membabitkan dua laporan dibuat ke atas seorang pendakwah selebriti tanah air yang dikaitkan dengan jenayah amang seksual di negeri ini.


Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berkata, kedua-dua laporan terbabit melibatkan pengadu berusia 17 tahun yang diterima pihak polis pada bulan ini.

Gambar Hiasan

“Buat masa ini siasatan selari dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

“Pihak polis sedang melengkapkan siasatan dan perkembangannya akan dirujuk ke pihak polis Bukit Aman untuk dikemukakan pula ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Dalam pada itu, Ruslan turut meminta mana-mana pihak tidak mencetuskan sebarang perkara yang boleh mengganggu siasatan dijalankan pihaknya.

Terdahulu, polis sudah menerima enam laporan polis setakat ini ke atas seorang pendakwah selebriti tanah air yang dikaitkan dengan kes jenayah amang seksual terhadap remaja lelaki.

Empat laporan polis dibuat di Selangor manakala dua lagi dibuat mangsa di Negeri Sembilan.

Suspek berusia 40-an itu direman selama enam hari hingga 14 September ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lady_bonia 12-9-2022 01:12 PM
Astaghfirullah..sapa pulak lagi
Quote anony-mous 12-9-2022 01:13 PM
lady_bonia replied at 12-9-2022 01:12 PM
Astaghfirullah..sapa pulak lagi

Pu az***. So now total 6 mangsa tampil. Betul x?
Quote Artemesiaa 12-9-2022 01:26 PM
Banyaknya laporan eloklah dedahkan siapa orangnya
Quote Mooverine 12-9-2022 01:36 PM
Artemesiaa replied at 12-9-2022 01:26 PM
Banyaknya laporan eloklah dedahkan siapa orangnya

banyak ceramah /majlis yang orang jemput dia kena tukar orang lain kan
pastu diam-diam sampai sekarang takde update mana-mana medsos, tiada press statement
maka dengan ini, saya yakin OKT tu betul lah si polan tu
Quote me12345 12-9-2022 01:41 PM
Baik bgtau nama..kot x terfitnah lebih ramai penceramah..nape makin teruk agamawan skrg xde quality. Zaman skrg agamawan kejar duit, publisiti, nama dan pangkat..
Quote matbad 12-9-2022 06:04 PM
me12345: Baik bgtau nama..kot x terfitn ...

PU Azman
Quote Perawankota 12-9-2022 06:19 PM
Sebagai influencer, tak kan lah dia x tau, apa, dia buat tu blh rosakkan reputasi dia sendiri?

Quote hasniey 12-9-2022 06:39 PM
Ni yg mana?kes cik man jgk ke.
Adoi laa...byk betul mangsa.nmpk baik lembut je.
Dah la selera sejenis,bawah umur pulak tu
Dgr2 sebelum ni prnah beristeri kan
Quote hasniey 12-9-2022 06:40 PM
Perawankota replied at 12-9-2022 06:19 PM
Sebagai influencer, tak kan lah dia x tau, apa, dia buat tu blh rosakkan reputasi dia sendiri?

Bila nafsu menguasai diri
Mesti fikir lepas punya, tiba2 kantoi pulak.igt bdk2 skrg bodoh,kena SA pon senyap xbrkutik ke?lagi2 budak dh belasan tahun
Quote Cekla 12-9-2022 06:41 PM
pagi tadi dengar dah 8
Quote spankee_fili 12-9-2022 06:48 PM
Bagusla dah banyak awareness & support system untuk mangsa tampil mempertahankan diri
Dalam masa yg sama harap pihak penyiasat lebih telus
Takmau kes tarik laporan ye adik2
Quote LadyDee88 12-9-2022 08:00 PM
hmm klu btl dia orgnya tak sangka betul dia cmni... bodoh... rosakkan hidup sendiri dan munafiq...
Quote Highflyer19 12-9-2022 09:32 PM
Ramai gak mangsa dia...
Quote damsel_fiji 12-9-2022 09:37 PM
PU kulu kilir..sampai mampus ke nk pakai gelaran tuh
Quote kechikchomel 12-9-2022 09:41 PM
Tadi takde pun slot dia kat Suria. Slalu kalau Jumaat, dia live. Hari² lain yg record. Tapi Jumaat lepas dia takde, harini pun takde. Tengok la esok mcm mana
Quote hawk77 12-9-2022 10:16 PM
PU = Penunggang Agama
Quote R2D2 12-9-2022 10:27 PM
dh semakin bertambah la pulak

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.051724 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top