Minggu ke-8 Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) menjadi bualan ramai apabila pelakon kacak Fattah Amin telah dijemput sebagai artis undangan untuk bersama kumpulan Ubi. Mengangkat tema Mat Kilau, Fattah Amin muncul di pentas MLS3 memainkan watak sebagai Awang. Pelakon Sharnaaz Ahmad pula sememangnya memikul tanggungjawab sebagai hos Muzikal Lawak Superstar (MLS3) bergandingan dengan selebriti versatil, Elly Mazlein atau lebih mesra sebagai Kak Lina Pom Pom. Disebabkan itu, ada netizen mendakwa suami kepada Fazura ini kelihatan kekok berada satu pentas dengan Sharnaaz Ahmad. Sekadar info, Sharnaaz dan Fattah suatu ketika dahulu pernah menjadi perhatian ramai apabila mereka dikatakan tidak ‘sebulu’. Kewujudan buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin dikatakan menimbulkan amarah pelakon Sharnaaz sehingga beliau dalam satu status di Twitter mempersoalkan sejauh mana pencapaian Fattah hingga boleh menganggap dirinya mempunyai bakat untuk menulis buku. Sharnaaz dipercayai tidak berpuas hati dengan penerbitan buku itu kerana kandungannya menyentuh tentang beliau. Menjawab dakwaan "awkward" dipentas, Sharnaaz, 37, tampil bersuara di Twitter. Kata pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, dia dan Fattah sudah melupakan kisah lama selain menjadi individu yang matang. "Alhamdulillah kami sudah matang. Hal yang dulu kita dah lepas jauh di belakang.." "Hidup hari ini lebih positif dan membina. Dah tua kalau nak musuh.. mampuih lah mat" katanya. Betul lah apa yang selalu diperkatakan masyarakat, berbeza dengan perempuan, orang lelaki kalau bergaduh hari ini esok dah boleh duduk semeja bergelak macam tak ada apa berlaku. Steady lah lelaki! Apapun, boleh tahan kelakar juga Fattah berganding dengan Kumpulan Ubi. - CARI |
Perawankota replied at 12-9-2022 02:20 AM
Tapi memang bamtah kayu pon dlm MLS minggu ni..
Dia tak sesuai kot utk program lawak2 mcmni
Perawankota replied at 12-9-2022 02:20 AM
Tapi memang bamtah kayu pon dlm MLS minggu ni..
Dia tak sesuai kot utk program lawak2 mcmni
caramello replied at 12-9-2022 07:06 AM
Yg buat musuh dgn org tu ko la mamu..bknnya fattah..ko tu yg bru nk start matang bknnya dia..at leas ...
Piramida replied at 12-9-2022 07:09 AM
Look at our family.. Look at you.. Hahaha
Bertiang jauh fattah dr mu sanaz baik hal keluarga, kerjay ...
ADVERTISEMENT