Kesian Fazura, buat sesi live mempromosi produk wangian terbaru koleksi FAZURA Scented Candles, tetapi bayang suaminya, Fattah Amin juga dicari-cari netizen.
Fazura pada mulanya membuat sesi live itu bersendirian sebelum disertai Fattah yang menyampuk mengenai produk wangain berkenaan. Apa yang menarik perhatian adalah gelagat Fazura memberi reaksi terhadap komen-komen yang menyakat dirinya. Sehingga beberapa kali Fazura mahu meninggalkan sesi libe berkenaan kerana merajuk netizen asyik bertanya 'Mana Fattah?'.
Terhibur juga melihat Fazura melayan kerena netizen yang mendambakan perhatian suaminya itu. Malah, ada yang bergurau tidak boleh fokus dengan livenya dek kehadiran Fattah "Amboi, amboi, amboi! Eh, saya end lah live ni sekarang," selorohnya sambil berlakon kurang senang sebelum menghidu aroma lilin berkenaan untuk menenangkan dirinya. Kredit video: IG Comel betul pasangan sejoli ini, rajin melayan kerenah peminat. - CARI |
ADVERTISEMENT