Setiap kali Baby Shima membuat hantaran di Instagramnya, pasti ada saja yang menjadi topik panas yang menarik perhatian netizen. Terbaru, perkongsian Baby Shima sekali lagi menjadi perhatian apabila meluahkan keinginnannya untuk mempromosikan baju atau seluar dalam berjenama terkenal iaitu Calvin Klein. Menerusi perkongsian di Instagramnya, Shima berkata ada segelintir selebriti tempatan sudah memperagakan jenama tersebut tetapi dia belum dirisik lagi.
“Hey @calvinklein!! sampai hati tak ambil Shima buat promo seluar dalam dan baju dalam ni! Bukan apa, ramai artis malaysia dah dapat buat iklan ni! Cemburu lah tengok komen-komen tempat deorang. “Ramai yang komen (WAH NICE, SO SEXY DEAR, LIKE IT, NICE SHAPE, U SLAYY, STUNNING) nak try juga mana tahu dapat komen-komen hebat macam tu,” tulisnya. Akibat perkongsian itu, rata-rata netizen berpendapat Shima sengaja mengundang kontroversi dan berharap Shima kembali ke pangkal jalan. Terdahulu, penyanyi dangdut kontroversi ini dikecam netizen gara-gara penampilannya ketika berada di Indonesia yang memakai seluar terlalu ketat sehingga menampakkan garis seluar dalam. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|