CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Malaysia Terpaksa Catu Hidangan Utama Harga Makanan Melambung Di Rusia

11-9-2022 08:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4271| Komen: 57

"Keselamatan bukan masalahnya, tetapi kos sekali makan sehingga RM50 seorang menyebabkan kami terpaksa berjimat cermat serta pada satu tahap mencatu tiga hidangan utama harian."



Gambar hiasan - Foto: Radio Free Europe

Itu antara luahan atau pengakuan beberapa pelajar Malaysia di Rusia yang mengakui kekal berdepan masalah kewangan yang serius kesan daripada pelbagai siri sekatan, berikutan pencerobohan tentera Moscow ke atas jirannya Ukraine, akhir Februari lalu.

Dengan kos sara hidup yang meningkat, harga makanan melonjak pantas, tetapi duit elaun yang jumlahnya terbatas menyebabkan mereka terpaksa ambil pendekatan berjimat cermat serta memikirkan dua kali untuk makan berkali-kali.


Salah seorang pelajar Malaysia di Rusia, Amir Syafiq Abdul Rashid mendedahkan dia terpaksa berkongsi memasak bersama rakan-rakan jika tidak mahu terputus wang di hujung bulan.


Sepinggan hidangan daging bakar atau Nasi Beriyani dengan air di restoran di Rusia kini boleh mencecah sehingga RM70 atau 900 Ruble, kesan daripada kos makanan yang tinggi akibat sekatan ekonomi ke atas Rusia. - Gambar Astro AWANI

"Memang ada elaun, macam saya ditaja Mara (Majlis Amanah Rakyat), tetapi ia hanya cukup untuk tempoh tertentu sahaja. Jika mahu belanja, terpaksa mengehadkan pembelian barangan mentah dan masak beramai-ramai di rumah.

"Jika makan di luar, memang tinggi kosnya, sebab sekali makan sahaja kosnya boleh cecah RM50 dan ke atas,'' kata pelajar Tahun 3 Institut Penerbangan Moscow, MAI ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.

Dalam pada itu, seorang lagi pelajar, Mohd Ikhwan Khairil Anuar pula berkata, dia tidak begitu bimbang dengan soal keselamatan memandangkan kerajaan Rusia beri jaminan warga asing di negara itu akan dipelihara keselamatannya walaupun ketika konflik masih berpanjangan sehingga kini.

"Apa yang sedikit merisaukan ialah, kos sara hidup yang meningkat disebabkan tukaran mata wang Ruble Rusia lebih kukuh berbanding Dolar Amerika. Jadi, transaksi kewangan semua meningkat, beli barangan begitu juga. Tidak terkecuali, makan, juga sangat mahal.

"Bayangkan, serai dan daun pandan harganya berpuluh-puluh ringgit sekilogram. Beras basmati pula misalnya, boleh cecah RM80 untuk yang beratnya 5 kilogram. Terpaksa jimat cermat jawabnya,'' ujar Mohd Ikhwan.


(Dari kiri) Mohd Ikhwan Khairil Anuar, Amir Syafiq Abdul Rashid dan Nureen Farzana Mohd Sazali.

Kenyataannya turut disokong rakan sepengajian, Nureen Farzana Mohd Sazali yang berkata, dia dan rakan-rakan terpaksa ambil pendekatan berjimat cermat dengan memasak di rumah dan melupakan hasrat untuk menikmati hidangan di luar.

"Kalau jimat cermat, saya rasa tidak membebankan sangat soal kewangan, walaupun sebenarnya sukar juga. Kalaupun ada elaun dan tajaan, masih lagi tidak mencukupi jika tidak berjimat cermat atau catu makanan, daripada empat kali sehari, mungkin boleh makan dua kali sehari sahaja,'' katanya yang sudah tiga tahun berada di Moscow, Rusia sebagai penuntut jurusan kejuruteraan penerbangan.

Di pasaran pada masa ini, sebagai perbandingan, RM100 itu adalah bersamaan dengan 1,300 Ruble berbanding sebelum perang nilai tukaran RM100 adalah sebanyak 1,600 Ruble. Bagi Dolar Amerika pula, 100 Dolar kini bersamaan 6,100 Ruble. Mata wang Dolar Amerika tidak diterima di Rusia sekalipun untuk urusan pengajian dan urusan rasmi antarabangsa lain.

Sebelum ini, kesan daripada pelbagai sekatan ekonomi oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat, kebajikan pelajar Malaysia di Rusia dipersoal apabila ada sebilangan besar mereka merungut disebabkan berdepan masalah gangguan dalam akses perkhidmatan perbankan dan kewangan seperti pindahan dana elektronik (EFT) dari Malaysia ke akaun mereka dengan bank tertentu di Rusia.


Datuk Bala Chandran berkata pihaknya akan berhubung terus dengan pelajar yang berdepan masalah.

Dalam hal kebajikan pelajar Malaysia di Rusia, Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Bala Chandran Tharman beri jaminan, kedutaan tidak pernah pandang sebelah mata sebaliknya berhubung terus dengan pelajar yang bermasalah untuk mencari jalan penyelesaian dalam kadar segera.

"Tidak ada seorangpun yang terkecuali daripada mendapat bantuan dan perhatian kedutaan, tidak kira apa masalah mereka sekali pun, kerana itu menjadi tanggungjawab kami untuk memelihara kebajikan pelajar," katanya kepada Astro AWANI.

Ketika ini terdapat 861 rakyat Malaysia di Rusia, terdiri daripada 784 pelajar dan 33 ekspatriat, termasuk 44 petugas kedutaan iaitu kakitangan diplomatik dan teknikal serta tanggungan mereka.

Sehingga kini, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sudah memasuki bulan ketujuh dan belum menampakkan tanda-tanda akan berakhir.
Selain menyebabkan krisis pelarian terbesar sejak Perang Dunia Kedua, konflik Rusia-Ukraine mencetuskan masalah inflasi serta krisis makanan terburuk pernah dialami dunia disebabkan faktor kekurangan bahan bekalan.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 11-9-2022 09:00 PM
Beras moghul basmathi kat sini pun dah RM50.


Quote sharlenetexas 11-9-2022 09:00 PM
Ada yg beli serai, daun pandan berkilo2 ke?


Quote CiliPadiSedap 11-9-2022 09:07 PM
sharlenetexas: Ada yg beli serai, daun pandan berkilo2 ke?


ada, pelajar malaysia di rusia

Quote sharlenetexas 11-9-2022 09:14 PM
CiliPadiSedap replied at 11-9-2022 09:07 PM
ada, pelajar malaysia di rusia

Biz katering ke sekali beli berkilo2?


Quote shernazz 11-9-2022 09:17 PM
Bertabah lah
Mmg kena catu....blajo rajin2 ya dekk
Quote pengecatbintang 11-9-2022 09:38 PM
kalo makan beras murah x bole ke
Quote gigahertz 11-9-2022 09:51 PM
pengecatbintang: kalo makan beras murah x bole ke

diorang sana beras bukan pilihan utama'rasanya beras mati tu la pa,ing murah
Quote Orix 11-9-2022 09:55 PM
aikkk td kt fb katanya rege2 brg kt rusia turun compare to UK... fb The Sun tak silap
Quote Skuau 11-9-2022 09:55 PM
tu la hang..suh bawa megi..tak nak...
Quote Mulotkoyak 11-9-2022 10:25 PM
Ade anak MARA x? Atau anak dato2 guna kabel sambung bljr luar negara? Then korg ghase korg akan balik Malaysia x lepas abos stadi?  Malaysia kan kehilangan tenaga pakar. Apa alasan kprg utk bls duit kerajaan bg nanti?  Universiti tempatan xbagus ke?
Quote pengecatbintang 11-9-2022 10:31 PM
Sblm Rusia invade Ukraine, USD1.00 = Ruble9X.XX. Lepas invasion, USD1.00 = Ruble 6X.XX.
Quote pengecatbintang 11-9-2022 10:38 PM
Rusia adalah biggest producer n exporter of wheat..

So, mgkn gandum = roti murah kat sana

Try makan Nasi 1 Kali n 3 kali makan roti dlm sehari

Buat lempeng n cekodok letak Jagung n garam cicah sos
Quote berusjamban 11-9-2022 10:56 PM
Erm normal la kan students masak regardless ko nye tmpt tu ada krisis ke aman2 jah? Mengadanya nak mkn kt luar bagai. Ko ingat ko kaya sgt ke? Done bersyarah
Quote cmf_ctrl 11-9-2022 11:19 PM
dok tempat orang tak boleh selalu ikut tekak kita makan makanan ruji nasi selalu sebab kat sana mesti mahal....  rata2 penduduk sana bukan ke makan makanan berasaskan tepung gandum dan bijirin je??
Quote ultra78 11-9-2022 11:32 PM
Mmg nasib malang la yang belajar di russia
Quote mawardia 11-9-2022 11:34 PM
Jap I kompius
Bkn ke masak2 tu bnda normal?
Setahu I ols mmg bdk duk obersi memasak sokmo.
Yg x reti pegang sudip masa pegi obersi, lps grad terus bole masak utk open hse pun ramai.
Jd ape yg u ols rengsa kan kat sana tu?
Quote Orenn1 11-9-2022 11:40 PM
pengecatbintang replied at 11-9-2022 10:31 PM
Sblm Rusia invade Ukraine, USD1.00 = Ruble9X.XX. Lepas invasion, USD1.00 = Ruble 6X.XX.

wow formula terbaik so perlukah kitq serang mana2 negara jiran yg lemah ni?
Quote kakikuDibibirmu 11-9-2022 11:47 PM
Perut Mulayu lapar nasik!
Quote AbukRokok 12-9-2022 12:15 AM
pelik
tadi majalah labur kata kos makanan turun kat russia

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.248233 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top